MR. D.I.Y. tawar lebih 200 barang keperluan Aidilfitri | DagangNews Skip to main content

MR. D.I.Y. tawar lebih 200 barang keperluan Aidilfitri

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 8 April - Para pelanggan di seluruh negara boleh mendapatkan lebih 200 barangan keperluan Hari Raya di cawangan terpilih MR. D.I.Y. Rangkaian ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, dari 1 April hingga 8 Mei 2022.

 

Ia merangkumi hiasan indah untuk digantung, pelbagai barangan dekorasi seperti pelekat dinding, lampu pelita untuk mereka yang gemar akan gaya tradisional dan lampu LED bagi yang meminati sentuhan moden.

 

MR D.I.Y. juga menawarkan pelbagai barangan hiasan rumah untuk menaikkan seri ruang tamu dan ruang hiburan dengan rekaan baharu kusyen, karpet lantai, alas meja, kotak tisu, sejadah, pasu, serta pinggan mangkuk untuk menjadikan setiap hidangan lebih menyelerakan. 

 

Salah satu tarikan utama adalah tawaran istimewa untuk langsir dan karpet lantai, dengan diskaun melebihi 30%. Pelanggan boleh membeli langsir hanya pada harga RM21.90 dan karpet lantai dengan hanya RM16.90 sahaja.

 

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, mereka sedar bahawa dua tahun sebelum ini amat mencabar buat semua rakyat Malaysia. 

 

Beliau berkata, orang ramai tidak dapat melakukan amalan tradisi Hari Raya seperti mengunjungi bazar Ramadan, menghadiri majlis buka puasa dan rumah terbuka bersama sanak saudara dan rakan-rakan, dan sudah tentunya, tidak dapat pulang ke kampung. 

 

 

mrdiy
Alex Goh

 

 

mrdiy

 

 

"Tambahan pula, kebanyakan kos produk-produk yang digunakan untuk perayaan ini telah meningkat. Oleh itu, MR D.I.Y. ingin membantu agar semua orang dapat menyambut Hari Raya dengan sempurna. 

 

"Ini termasuklah menghias rumah untuk menyambut tetamu dan menjadikan persembahan hidangan juadah raya lebih menarik.

 

 

mrdiy

 

 

mrdiy

 

 

 

“Dengan semangat ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, kami telah mengatur rangkaian khas barangan keperluan perayaan yang ‘Always Low Prices’, menjadikan ia mudah didapati oleh rakyat dan mengurangkan beban perbelanjaan mereka di musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

mrdiy

 

 

Selain promosi ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, pelanggan yang membelanjakan minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima sampul duit raya  percuma sementara stok masih ada. 

 

Pelanggan juga boleh membeli beg kitar semula bertemakan raya di MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR di seluruh negara. - DagangNews.com