Sasbadi raih kontrak bernilai RM487,000 daripada Kementerian Pendidikan | DagangNews Skip to main content

Sasbadi raih kontrak bernilai RM487,000 daripada Kementerian Pendidikan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Sept - Sasbadi Holdings Berhad menerusi Sasbadi Sdn. Bhd. menerima kontrak bernilai RM486,505.60 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyediakan rumusan rumusan digital selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) Tahun 5 bagi sesi persekolahan mulai 2024.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak adalah untuk tempoh dari 1 September 2023 hingga 31 Ogos 2025.

 

"Kumpulan itu dijangka menyempurnakan kontrak itu mulai suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 dan sepanjang tempoh kontrak.

 

Kumpulan itu tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan kontrak itu.

 

Sasbadi akan mengambil langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko apabila ia berlaku. - DagangNews.com