10 Fakta Anda Mahu Tahu mengenai Proton X70 sempena ulang tahun keempat di pasaran Malaysia | DagangNews Skip to main content

10 Fakta Anda Mahu Tahu mengenai Proton X70 sempena ulang tahun keempat di pasaran Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Dis - Model SUV premium pertama X70 syarikat kereta nasional, Proton telah memasuki tahun keempatnya dalam pasaran Malaysia dan terus menerima sambutan baik daripada rakyat negara ini.

 

Sempena ulang tahun ini, Proton turut ingin berkongsi kepada rakyat Malaysia 10 fakta mengenai model X70:
 

1. Proton X70 ialah model SUV premium pertama daripada PROTON dan juga model pertama dibangunkan dengan kerjasama Geely.

 

2. Proton X70 ialah 'kereta bercakap' pertama daripada Proton dengan arahan suara pintar yang mana anda hanya perlu menyebut frasa 'Hai, Proton' untuk mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.

 

3. Proton X70 telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti  Hasmah pada 12 Disember 2018 di ibu negara.

 

 

proton
Proton X70 dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti  Hasmah pada 12 Disember 2018

 

 

proton

 

 

4. Proton X70 menerima lebih daripada 10,000 tempahan sebelum sampai ke bilik pameran

 

5. Sehingga akhir November 2022, sebanyak 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan, menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

 

 

proton

 

 

proton

 

 

 

proton

 

 

6. Proton mula mengeluarkan Proton X70 di Malaysia di kilang baharunya bernilai RM1.2 bilion di Tanjung Malim pada 2019 dan Proton X70 yang dipasang secara tempatan yang pertama melancarkan barisan pengeluaran pada 13 Disember tahun itu.

 

7. Proton melancarkan Proton X70 2022 pada 9 Jun 2022, menawarkan kemas kini gaya dan pilihan 'powertrain' baharu untuk pelanggan yang mencari SUV dengan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan enjin 1.5L TGDi yang turut dihasilkan di Malaysia.

 

8. Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 di mana ia dilancarkan pada 29 Julai 2019.

 

 

proton

 

 

 

proton

 

 

           9. Sehingga kini Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladash, Kenya, Pakistan dan Afrika Selatan, dan sehingga akhir November tahun ini, jumlah jualan eksport berjumlah 2,919 unit.

 

10. Selain dikeluarkan di Malaysia, Proton X70 juga dipasang secara tempatan di Karachi, Pakistan. - DagangNews.com