F&N labur RM3 bilion bagi kos pembinaan dan belanja modal projek ladang tenusu di Gemas | DagangNews Skip to main content

F&N labur RM3 bilion bagi kos pembinaan dan belanja modal projek ladang tenusu di Gemas

Portfolio tenusu F&N termasuk susu jenama Farm House dan Magnolia. -Gambar F&N

KUALA LUMPUR 3 Mei - Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) memperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion perbelanjaan modal (capex) Fasa 1 ladang tenusunya di Gemas, Negeri Sembilan dengan sasaran pemerahan susu pertama ladang pada awal 2025.

 

Ini menjadikan keseluruhan pelaburan F&N untuk ladang tenusu bersepadu tersebut berjumlah hamper RM3 billion termasuk kos pembangunan lebih RM1 billion.

 

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata, sebanyak 2,000 ekor lembu tenusu dengan kapasiti pemprosesan susu 100 juta liter setahun akan dibawa masuk di Bawah fasal awal projek ladang berkeluluasan lebih 2,726 hektar itu.

 

Menurutnya, F&N menyasarkan projek itu mencapai pulangan modal dalam tempoh tiga tahun dengan fokus awal bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Kemboja.

 

"Ladang itu juga akan digunakan untuk penanaman jagung dan menjadi bekalan bahan mentah utama bagi makanan lembu," katanya pada taklimat media prestasi kewangan separuh pertama 2024 F&N hari ini.

 

susu

 

Yew Hoe berkata, kerja pembersihan tanah di tapak ladang dan penyediaan tapak bangsal tenusu kini sudah hampir siap.

 

ARTIKEL BERKAITAN: F&N labur RM1 bilion dalam fasa pertama ladang tenusu bersepadu Gemas

 

gemas
Majlis pecah tanah ladang tenusu bersepadu F&N di Gemas berlangsung pertengahan 2023.

 

"F&N juga menjangkakan untuk mengeksport tenusu itu ke negara lain selepas tiga tahun operasinya selepas tiga tahun beroperasi," katanya.

 

F&N tahun lalu mengumumkan rancangan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar susu terbesar di Malaysia menerusi ladang tenusu di Gemas itu.

 

Ia juga menandakan penyertaan F&N dalam perniagaan susu segar huluan kerana ladang bersepadu itu mampu mencapai tahap pengeluaran penuh Fasa 1 dengan penghasilan 100 juta liter susu segar.

 

Ladang itu disasar dapat menempatkan sehingga 20,000 ekor lembu susu yang akan menghasilkan 200 juta liter susu segar setahun untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan kewangan dan kedudukan aliran tunai kumpulan yang kukuh dengan menekankan trajektori positif pemulihan ekonomi Malaysia serta Thailand yang juga dibantu oleh kehadiran pelancong lebih ramai.- DagangNews.com