Kenanga diiktiraf peneraju pasaran, menang sembilan kategori pada Anugerah Kecemerlangan Bursa 2023 | DagangNews Skip to main content

Kenanga diiktiraf peneraju pasaran, menang sembilan kategori pada Anugerah Kecemerlangan Bursa 2023

Datuk Muhamad Umar Swift (enam dari kiri) Tan Sri Abdul Wahid Omar (tujuh dari kiri) Datuk Lee Kok Khee (lapan dari kiri) dan Azila Abdul Aziz pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Bursa 2023 di Kuala Lumpur 26 April 2024.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 3 Mei - Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) diiktiraf atas pencapaiannya sebagai peneraju pasaran pada Anugerah Kecemerlangan Bursa 2023 yang dianjurkan Bursa Malaysia di sebuah hotel di ibu negara 26 April 2024.

 

Pada majlis itu,Kenanga dan beberapa remisiernya meraih kemenangan dalam sembilan kategori iaitu:


 
    • Best Overall Equities Participating Organisation (Juara)


    • Best Overall Derivatives Trading Participation (Juara)


    • Best Retail Equities Participating Organisation (Juara)


    • Best Online Retail Participating Organisation (Juara)


    • Best Trading Participant Commodity Derivatives (Juara)


    • Best Institutional Derivatives Trading Participant (Juara)


    • Highest Numbers of Accounts Opened – Shariah, Ahmad Faizal bin Mohamed Yusop


    • Highest Traded Value – New Accounts, Ooi Yim Ee


    • Highest Reactivation – Untraded Accounts, Yasmin Mae Abdul Karim

 

Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad, Datuk Chay Wai Leong merakamkan penghargaan kepada Bursa Malaysia atas pengiktirafan yang diberikan. 

 

kimb
(Dari kiri) Anderson Wong Tse Ming, Chan Tuck Kiong, Datuk Lee Kok Khee, Datuk Chay Wai Leong, Azila Abdul Aziz, Khairul Azim Hashim an Mohd Ayman Ariffin.
 

"Anugerah ini membuktikan ketekunan dan kegigihan kami menjana nilai bagi pihak-pihak berkepentingan menerusi rangkaian perniagaan yang pelbagai, walaupun menghadapi keadaan pasaran yang mencabar – kami teruja dengan prospek untuk mengukuhkan pertumbuhan dan kejayaan kami di pasaran,” katanya dalam kenyataan media hari ini. 

 

Kenanga sekali lagi menjuarai kategori ‘Best Overall Equities Participating Organisation’, menjadikannya kali keempat berturut-turut Kumpulan memenangi anugerah ini. 

 

Sementara itu, bahagian Perniagaan Derivatif Tersenarainya, Kenanga Futures Sdn Bhd telah menjuarai satu lagi anugera terutama sebagai Juara ‘Best Overall Derivatives Trading Participation’. 

 

Berlandaskan tema “Growth to Excellence, Redefining the Market’s Future” (Pertumbuhan Menuju Kecemerlangan, Mencorakkan Semula Masa Depan Pasaran), acara ini dihadiri oleh Tan Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, dan Datuk Muhammad Umar Swift, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad. 

 

Majlis Anugerah tersebut meraikan kejayaan broker organisasi dan individu dan juga para perantara yang terlibat kerana pencapaian luar biasa masing-masing dalam pasaran modal 2023. 

 

Tiga Remisier Kumpulan juga diiktiraf sebagai juara kategori masing-masing dalam ‘Retail Investor Campaign 2023.’ - DagangNews.com