KFC Cara Kita raikan keunikan Malaysia | DagangNews Skip to main content

KFC Cara Kita raikan keunikan Malaysia

SHAH ALAM 11 Sept. – Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, KFC telah mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa kasihnya terhadap Malaysia. KFC sinonim sebagai jenama tempatan yang telah beroperasi selama 47 tahun sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1973.

Kempen KFC Cara Kita adalah warkah cinta KFC kepada Malaysia. Berkolaborasi dengan artis tempatan, Kenji Chai, yang terkenal dengan ciptaan mural hasil penggunaan warna menyarau, baik dalam industri tempatan mahupun luar negara, 3 restoran KFC kini menampilkan hasil karyanya di dinding luar restoran.

Setiap ciptaan mural ini mengetengahkan hasil karya yang memberi penghormatan terhadap Malaysia dan dengan gahnya menunjukkan kecantikan identiti unik Malaysia. Ia mempertontonkan bagaimana rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti KFC sebagaimana jenama ini mempengaruhi kehidupan seharian mereka.

Menerangkan inspirasi kempen ini, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva berkata, KFC berbesar hati menjadi sebahagian daripada fabrik sosial Malaysia dengan sejumlah 740 restoran di seluruh negara.

Katanya, kempen ini meraikan keunikan dan kecantikan tersendiri yang dibawa oleh setiap individu kepada komuniti Malaysia yang membentuk identiti rakyat dan negara kini. Itulah KFC Cara Kita.”

Sementara itu, Kenji Chai menyatakan beliau amat senang hati berkerjasama dengan KFC untuk projek ini di mana dirinya dapat mengekspresikan nilai-nilai unik yang dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.

"Dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan dan kini menetap di KL, terdapat pelbagai aspek pada identiti saya sebagai rakyat Malaysia dan saya bangga dapat berkongsikannya dengan orang ramai melalui ciptaan mural ini. Saya gembira KFC mendokong usaha ini yang sekaligus menyatukan rakyat Malaysia dengan caranya yang tersendiri,” katanya.

Ketiga-tiga mural insta-worthy ini boleh dilihat di dinding luar 3 restoran KFC di Lembah Klang iaitu: 5 Barat, Sea Park and Desa Sri Hartamas.

Jika anda sedang cuti-cuti Malaysia di kawasan-kawasan ini, jangan lupa untuk berswafoto di sini. Menemani rakyat Malaysia ketika cuti-cuti Malaysia, KFC telah melancarkan kombo Cheezy Cheezy Malaysia yang mengetengahkan makanan sampingan kegemaran rakyat Malaysia, Cheezy Wedges dan ‘add-on’ istimewa buat waktu terhad iaitu Bebola Durian yang diperbuat daripada 100% Durian D24 premium asli.

Promosi ini boleh didapati di seluruh 740 restoran KFC di Malaysia, jadi ketika anda sedang cuti-cuti Malaysia, restoran KFC sedia untuk menjamu anda.

Berikut adalah restoran-restoran KFC menarik di Malaysia yang boleh anda lawati:
● KFC Greenlane, Penang Sebuah bangunan warisan dengan senibina kolonial yang cantik.
● KFC Stulang Laut dan Tanjung Leman yang terletak berhadapan pantai. Nikmati bunyi desiran ombak yang menghempas pantai atau saksikan matahari terbenam ketika menjamu juadah.
● KFC Taiping Lake Garden Selami keindahan alam penuh kehijauan yang luas mata memandang.
● KFC Nilai Square, restoran mesra alam pertama yang diiktiraf dengan Pensijilan Hijau daripada pihak tempatan dan antarabangsa.

Video eksklusif belakang tabir yang memperlihatkan bagaimana mural-mural yang meraikan gabungan budaya antara KFC dan Malaysia ini dihasilkan, boleh mula ditonton pada 11 September. Video ini juga menonjolkan bagaimana jenama ini percaya bahawa setiap rakyat Malaysia adalah unik dan mereka membentuk komuniti dan jenama KFC kini: KFC Cara Kita. - DagangNews.com