Koh Kin Lip dilantik sebagai Pengarah T7 Global | DagangNews Skip to main content

Koh Kin Lip dilantik sebagai Pengarah T7 Global

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas, T7 Global Berhad telah melantik Tan Sri Koh Kin Lip (gambar) sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bermula hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh T7 Global menerusi pengumuman syarikat Bursa Malaysia.

Kin Lip, 71, merupakan lulusan Diploma Pengajian Perniagaan di Plymouth Polytechnic (kini dikenali sebagai Plymouth University), United Kingdom.

Pada tahun 1978, Kin Lip menyertai perniagaan keluarganya yang terlibat dalam urusan pentadbiran dan kewangan sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1985.

Pada tahun 1987, beliau memainkan peranan penting dalam pembentukan syarikat utama perniagaan keluarganya, Rickoh Holdings Sdn. Bhd. yang mula berkembang ke dalam sektor pelaburan hartanah, pembangunan hartanah, perladangan minyak sawit, teknologi maklumat, hotel dan sebagainya. 

Selain itu, beliau juga memegang jawatan pengarah di NPC Resources Berhad, Cocoaland Holdings Berhad dan IOI Properties Group Berhad.

Setakat ini, beliau memiliki 17,244,524 pemegangan saham di T7 Global. - DagangNews.com