TLDM perlu MRSS, tambah 2 kapal selam perkasakan pertahanan armada | DagangNews Skip to main content

TLDM perlu MRSS, tambah 2 kapal selam perkasakan pertahanan armada

TLDM perlukan kapal MRSS untuk menggandakan keupayaan armada.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 3 Mei - Empat perolehan berada dalam senarai perlu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) agar angkatan tersebut dapat memainkan peranan lebih berkesan mengawasi perairan negara.

 

Antaranya ialah kapal sokongan logistik pelbagai peranan (Multi Role Support Ship - MRSS) yang telah sekian lama tertangguh dan kapal selam. 

 

Aset lain ialah kapal misi pesisir (LMS) yang telah pun dimuktamadkan manakala kapal tempur pesisir (LCS) sedang disiapkan.

 

 

Kesemua aset ini digariskan oleh kepimpinan TLDM menerusi Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 (Platform).

 

 

Kapal
Indonesia menawarkan kapal MRSS kelas Makassar kepada Malaysia bagi keperluan TLDM.

 

Perincian program tersebut akan diumumkan TLDM semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 minggu depan.

 

Pelan ini dilaksanakan seperti mana yang telah direncanakan dengan objektif supaya TLDM mempunyai keupayaan yang diperlukannya kelak. 

 

Pada atas kertas Mindef memerlukan perbelanjaan besar untuk membuat pembelian aset-aset tersebut iaitu kapal MRSS dan kapal selam baharu.

 

Walaupun bukan angka tepat tetapi dianggarkan pembelian 3 MRSS dan 2 kapal selam menelan belanja kira-kira RM13 bilion mengikut nilai semasa.

 

Pesawat
Pembelian kapal selam Scorpene walaupun melibatkan perbelanjaan besar tetapi sangat penting untuk memastikan keselamatan perairan negara.

 

Kapal

 

Perolehan aset-aset ini sudah tentunya akan memperkukuh dan memperkasakan lagi barisan hadapan pertahanan negara.

 

Pembelian kapal MRSS telah dirancang sejak 20 tahun lalu, malangnya terpaksa ditangguhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) atas pelbagai sebab termasuk kekangan kewangan.

 

Bagaimana pun, semakin lama tertangguh ia menyebabkan TLDM tidak dapat bergerak ke hadapan dalam aspek perolehan aset apabila terlalu bergantung kepada kapal usang.

 

Satu-satunya kapal terbesar dalam TLDM, KD Sri Inderapura terbakar pada Oktober 2008 menyebabkan kapal sokongan logistik itu kemudian dilucutkan tauliah dua tahun kemudian.

 

Kapal
KD Mahawangsa yang berusia lebih 40 tahun menjadi tunjang kapal sokongan logistik TLDM.

 

Kapal

 

Sejak ketiadaan kapal logistik terbesar yang digunakan dalam pelbagai misi dan operasi melangkaui sempadan perairan negara, armada TLDM separuh lumpuh disebabkan tiada kapal pengganti.

 

Sejak tempoh itu kerajaan telah beberapa kali mengkaji dan menilai beberapa jenis kapal MRSS antaranya buatan Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan namun tiada pembelian dibuat.

 

Paling hampir ialah kerjasama Boustead Naval Shipyard dengan PT PAL Indonesia bagi menawarkan kapal MRSS kelas Makassar lima tahun lepas.

 

Malangnya sehingga kini belum ada sebarang kata putus mengenainya.

 

Mengikut perancangan TLDM memerlukan 3 buah kapal jenis ini termasuklah menggantikan dua kapal MRSS sedia ada yang berusia lebih 40 tahun.

 

Malaysia pada tahun 2002 memeterai perjanjian perolehan dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis bernilai lebih RM2 bilion.

 

Kapal
TLDM tidak sepatutnya dibiarkan terus beroperasi dengan aset-aset yang berusia menyebabkan armada laut Malaysia ketinggalan.

 

Dua kapal selam, kelas Perdana Menteri iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah dioperasikan sejak 12 tahun lalu.

 

Scorpene merupakan kapal selam berkuasa diesel-elektrik penyerang berkeupayaan tinggi.

 

Rancangan untuk mendapatkan dua buah lagi kapal selam telah ditetapkan TLDM sejak enam tahun lalu, bermakna ia bukanlah cadangan baharu.

 

Sebagai aset strategik bagi mengawal perairan negara di Laut China Selatan, jumlah 4 buah kapal selam adalah angka yang ideal untuk Malaysia.

 

Memandangkan situasi geostrategik dan geo-politik dunia termasuk di rantau ini sentiasa berubah maka TLDM perlu melakukan persediaan dalam konteks mengawal perbatasan negara.

 

Ancaman-ancaman baharu juga mula terbentuk dan ancaman ini tidak lagi datang secara konvensional seperti dekad lepas.

 

Landskap pertahanan yang telah berubah dan semakin mencabar ini menuntut agar pertahanan negara turut diperlengkapkan dengan sewajarnya.  - DagangNews.com