Nomura Securities mulakan liputan ke atas Sime Darby Property dengan saranan 'beli', TP RM1.20 sesaham | DagangNews Skip to main content

Nomura Securities mulakan liputan ke atas Sime Darby Property dengan saranan 'beli', TP RM1.20 sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Mei - Nomura Securities mulakan liputan terhadap Sime Darby Property Bhd dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.20 sesaham.

 

Firma penyelidikan menjangkakan kumpulan itu mencatatkan jualan FY24 sebanyak RM3.3 bilion berbanding sasaran RM3 bilion sebelum ini.

 

Katanya, memandangkan kumpulan itu telah mencatatkan jualan hartanah yang kukuh sejak FY21, mereka dijangka merekodkan pertumbuhan berterusan dalam pengiktirafan hasil projek dan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) masing-masing sebanyak 5% dan 7% sehingga FY26.

 

"Jualan industri hartanah Sime Darby meningkat daripada 14% hasil pada FY20 kepada 31% pada FY23 mendorong kepada perkembangan margin kasar positif. 

 

"Kami menganggap kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada peningkatan perindustrian di negara ini dengan mengambi kira bank tanahnya di sepanjang pantai barat ke seluruh Semenanjung Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Nomura Securities berkata, menerusi strategi SHIFT25, kumpulan itu merancang untuk memiliki 25% daripada perniagaannya datang daripada portfolio pendapatan berulangnya an perniagaan lain.

 

Katanya, ia dilakukan dengan menggunakan perniagaan pelaburan dan pengurusan aset untuk melabur (IAM) dalam projek bagi mencipta aliran hasil berulang.

 

"Perniagaan IAM kini mempunyai kira-kira 7.7 juta kaki persegi daripada jumlah aset boleh pajak bersih yang tersebar di seluruh segmen komersial, runcit, perindustrian dan logistik," katanya. - DagangNews.com