Adakah hala tuju masa depan Kerajaan Perpaduan akan jadi 2 hala? - Sin Chew Jit Poh | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 09 Oct 2023 08:00 AM

ADAKAH HALA TUJU MASA DEPAN KERAJAAN PERPADUAN AKAN MENJADI 2 HALA?

Tulisan asal Prof. Dr Onn Huan Jan di Sin Chew Jit Poh, 8 Oktober 2023

 

 

 

WAWASAN 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri telah menjadi ingatan kolektif pendidikan negara sejak sekian lama. 

 

Beliau pernah disanjung dan diberi gelaran ‘Bapa Moden Malaysia’. Tetapi beliau mengawal dan memanipulasi sistem media. Seperti apa yang dikatakan oleh Phoon Wing Keong dalam buku yang bertajuk Selamat Tinggal Mahathir, - ‘sistem negara parti UMNO tidak dapat keluar dari naungan kroni, salah guna kuasa dan ketidakadilan. Kemusnahan dan kerosakan yang dibawa oleh Mahathir terhadap sistem negara tidak boleh dimaafkan dan tiada alasan untuk kemaafan’.

 

Sehinggalah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintahan, barulah rakyat Malaysia keluar daripada cengkaman kuasa Tun Mahathir dan kebebasan bersuara mulai dibenarkan. Namun, Tun sangat tidak berpuas hati dengan perubahan tersebut.

 

Kemudian apabila Najib Razak menjadi PM, era beliau penuh dengan peluang. Banyak perkara yang dianggap ‘mustahil’ pada masa lalu telah menjadi ‘mungkin’. Najib sering dicemuh pada tahun-tahun terakhir berkuasa, tetapi jika kita lihat dari pelbagai prasarana, beliau bukanlah seorang yang tidak cekap.

 

 

Prof. Dr Onn Huann Jan
        Prof. Dr Onn Huann Jan

 

 

Sudah tentu dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan Najib, salah seorangnya adalah Tun Mahathir. Mungkin ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan isu pembahagian keuntungan.

 

Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 dan 2018, Najib, UMNO dan MCA telah ditanam dengan imej yang sangat negatif dalam masyarakat Cina. Tidak kira seberapa banyak cubaan ‘menabur gula-gula’ kepada masyarakat dan pendidikan Cina, masih tidak dapat membantu menjernihkan keadaan. Sebaliknya, isu rasuah telah membangkitkan rasa tidak puas hati semua rakyat termasuklah masyarakat Melayu.

 

Tun Mahathir yang berusia lebih 90 tahun kembali bangkit dan menggunakan taktik politiknya untuk berkomplot dengan Pakatan Harapan (PH), sehingga berjaya mencetuskan tsunami politik.

 

Namun begitu, Tun Mahathir adalah seorang yang sangat licik, oportunis dan realistik. Khoo Boo Teik pernah menegaskan bahawa ideologi Mahathir adalah daripada nasionalisme (Melayu), kapitalisme, Islam, populisme dan autoritarianisme.

 

Menjelang PRU2018, saya menulis artikel yang bertajuk ‘Kebaikan, keburukan dan muslihat Tun Mahathir’, bertarikh 29 April 2018. ‘Walaupun Tun kini berusia 90 tahun, apa sahaja komplot dan helah gabungannya dengan PH, tidak bermakna ‘Mahathirisme’ telah dilupakan. Banyak perkara sebenarnya begitu jelas sekali, Mahathir masih lagi manipulasi.

 

Tarikh keramat 509, di tengah-tengah sorakan semua orang teruja menantikan pembaharuan. Tetapi apakah pembaharuan yang memberi impak positif dalam tempoh PH memerintah? Tidak tahu apa yang mereka sibukkah pada ketika itu? Tetapi boleh dibuktikan bahawa Tun Mahathir tidak pernah berubah. Ramai penganalisis politik dan netizen yang dulunya begitu bersemangat tinggi, mula rasa tertampar di muka tetapi masih tidak sedar diri.

 

Seterusnya ‘Langkah Sheraton’ dilancarkan dan Muhyiddin Yassin pula menjadi PM. Walaupun beliau digelar sebagai ‘pengkhianat’, tetapi sekurang-kurangnya beliau seorang yang sangat rajin. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Muhyiddin mengemukakan langkah balas dengan segera, tidak kira sama ada dasar tersebut baik atau tidak.

 

 

parafrasa
Walaupun tidak lagi menjadi PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berjumpa rakyat.

 

 

Sekurang-kurangnya Muhyiddin dianggap sebagai PM yang sangat mendekati rakyat dan sering tampil memberi keyakinan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu, dalam mengharungi kehidupan yang paling sukar semasa wabak melanda.

 

Dalam tempoh awal ketidaktentuan tentang masa depan, sedikit sebanyak hati rakyat tenteram dan tidak panik. Jadi tidak hairanlah mengapa Perikatan Nasional (PN) hari ini mempunyai populariti yang tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu, ada kaitannya dengan Muhyiddin.

 

Begitu juga selepas baton pemerintahan diserahkan kepada Ismail Sabri, menteri-menteri di dalam Barisan Nasional (BN) masih rajin dan prihatin terhadap aduan rakyat.

 

Sekarang Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang sedang mereka lakukan dan apa sebenarnya fokus Kerajaan Perpaduan? Mereka sering berkata rakyat perlu memberi masa kepada Kerajaan Perpaduan, jika tidak ia adalah tidak adil.

 

Selepas 6 Pilihan Raya Negeri (PRN), ramai yang menghantar pesanan kepada PH terutamanya PKR, supaya boleh mengkaji diri sendiri. Tetapi, kuncinya terletak pada Anwar. Ramai orang sudah mulai bimbang sama ada beliau akan ‘berpaling ke kanan’ dalam isu perkauman dan agama, bersaing dengan PN untuk populisme Melayu dan agama.

 

Anwar memegang kuasa pemerintahan, semasa negara dalam keadaan yang teruk. Pencegahan dan kawalan wabak semasa pemerintihan Muhyiddin, telah menggunakan terlalu banyak sumber perbendaharaan negara.

 

Ditambah pula dengan situasi semasa antarabangsa yang tidak menentu, ekonomi negara menjadi lemah dan suara-suara tidak puas hati semakin kuat. Meskipun kita semua tahu ia adalah masalah global, tetapi ini adalah masalah sara hidup yang sangat serius.

 

Tidak kira sama ada kesukaran ini dapat diatasi atau tidak, namun mereka yang berada dalam kerajaan sekurang-kurangnya perlu membuat tindak balas yang tepat pada masanya supaya rakyat dapat merasakan kerajaan sentiasa ada.

 

 

parafrasa

 

 

Ini adalah cara yang paling asas dalam mentadbir. Tindak balas dan keupayaan pelaksanaan adalah Key Performance Indicator (KPI) sebagai seorang pegawai kerajaan. Perkara yang menjadi pantang adalah melepaskan tanggungjawab dengan mencipta pelbagai alasan. Pengundi pada masa ini terutamanya orang Melayu, tidak akan faham atau bersimpati dengan alasan anda!

 

Saya pernah bertanya dengan rakannya di Pulau Pinang. “Mengapa DAP Pulau Pinang masih kukuh dan ada undi, walaupun terdapat perebutan kuasa dalaman dan ada segelitir pemimpinnya terlalu megah diri”?

 

Jawapan yang jelas, kerana mereka mempunyai pencapaian dalam meningkatkan ekonomi Pulau Pinang. Bukan sahaja industri pelancongan, industri teknologi juga sangat sangat. Berbanding semasa era pentadbiran Parti Gerakan, ekonomi Pulau Pinang sememangnya meningkat dengan sangat ketara sejak DAP berkuasa. Ini menjadi sebab penting mengapa rakyat Pulau Pinang tanpa ragu-ragu terus menyokong PH.

 

Memang benar, pencapaian pentadbiran adalah sangat penting. Persoalannya dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, kita boleh meramalkan ‘pembaharuan’ ekonomi akan memberi tumpuan kepada ‘pengagihan semula’ subsidi.

 

Ada juga yang mengatakan bahawa negara sedang melaksanakan kaedah ‘merompak orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin’. Tidak nampak dasar sumber terbuka yang jelas. Pemahaman tentang pembaharuan ekonomi ini adalah menekakan pengagihan dan bukannya menekankan pengeluaran. Walaupun ia adil, tetapi tidak menggalakkan produktiviti.

 

 

parafrasa

 

 

Adakah hala tuju masa depan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar akan menjadi dua hala? Ekonomi hala kiri manakala kaum pula ke arah kanan?

 

Adakah cara ini dapat menghindarkan rasa tidak puas hati rakyat atau sebaliknya? Bagi Tun Mahathir yang sentiasa dan tidak pernah berpuas hati pula, sudah masanya kita tidak perlu terlalu ambil peduli. 

 

 

Artikel oleh Prof. Dr Onn Huann Jan ini disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh 8 Oktober 2023 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini.

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

 

 

dagangnews