Ajinomoto isytiharkan dividen khas RM2.12, hasil daripada penjualan tanah kilang di Kuchai Lama | DagangNews Skip to main content

Ajinomoto isytiharkan dividen khas RM2.12, hasil daripada penjualan tanah kilang di Kuchai Lama

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Mei - Ajinomoto (M) Bhd mengisytiharkan dividen khas satu peringkat sebanyak RM2.12 berikutan hasil daripada penjualan tanahnya.

 

Tarikh kelayakan dan pembayaran dividen interim khas telah ditetapkan masing-masing pada 16 Mei dan 30 Mei 2024.

 

"Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen satu peringkat khas yang timbul daripada pelupusan tanah Kuchai Lama," kata Ajinomoto dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Ajinomoto, pada Julai 2023, menjual enam bidang tanah berpotensi pembangunan semula yang terletak di sepanjang Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur kepada ahli perniagaan Tan Sri David Law Tien Seng, lebih dikenali sebagai TS Law, dengan wang tunai RM408 juta.

 

Kumpulan itu akan memperoleh keuntungan pro forma bersih sebanyak RM357.12 juta daripada pelupusan itu.

 

Ajinomoto sudah menjadikan kawasan kilang di Jalan Kuchai Lama itu selama 60 tahun iaitu sejak 1965.

 

ajinomoto

 

Ajinomoto kini berpusat di kompleks kemudahan baharu bernilai RM355 juta di tapak seluas 18.6 hektar atau 46 ekar di Hab Halal Bandar Enstek Halal Hub, Negeri Sembilan pada Disember 2022.

 

Ajinomoto melonjak 32 sen, atau 1.65% kepada RM19.74 dengan 48,000 saham diniagakan. Setakat ini, kaunter telah meningkat 24.3%. - DagangNews.com