China tawar sistem radar senjata SLC-2E boleh kesan 150 sasaran kepada Malaysia | DagangNews Skip to main content

China tawar sistem radar senjata SLC-2E boleh kesan 150 sasaran kepada Malaysia

Sistem radar pengesan senjata SLC-2E.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 9 Mei - Sejak 24 tahun lalu Tentera Darat bergantung kepada sistem Arthur sebagai radar pengesan senjata yang dikendalikan oleh Rejimen Artileri Diraja.

 

Dalam operasi di medan tempur, radar jenis ini berperanan sebagai mata dan telinga kepada pasukan tentera.

 

Fungsinya untuk mengesan serangan pihak lawan terutamanya daripada tembakan mortar, artileri dan pelancar roket musuh.

 

 

 

Sesuai dengan peralihan teknologi semasa perlu bagi Tentera Darat mendapatkan radar pengesan senjata generasi baharu yang lebih baik.

 

Ini yang ditawarkan oleh syarikat IDC Technologies Sdn. Bhd. (IDC Technologies) kepada Tentera Darat melalui sistem SLC-2E.

 

Kapal
Sistem radar Arthur jenis sama yang dimiliki Tentera Darat.

 

Sistem tersebut dibangunkan pihak China Electronics Technology Group Corporation (CETC) yang merupakan peneraju dalam bidang pertahanan elektronik di negara berkenaan.

 

Sistem SLC-2E misalnya boleh mengesan sasaran tembakan pada jarak minimum 3 kilometer (km) sehingga 80km.

 

Ia mampu mengesan 150 sasaran dalam masa satu minit atau 10 sasaran serentak pada satu-satu masa.

 

Pengurus Pembangunan Perniagaan IDC Technologies, Lt Kol (B) Shahrulamir Abd Rahman berkata, sistem SLC-2E pernah diuji oleh Tentera Darat dan keupayaannya menepati dengan keperluan.

 

Menurut beliau, radar ini juga mampu untuk melaras kejatuhan peluru artileri pasukan sahabat jatuh tepat ke atas sasaran.

 

Kapal

 

Kapal
Radar pengesan senjata berperanan untuk mengesan tembakan mortar, artileri dan peluru berpandu musuh.

 

“Fungsi ini membolehkan ia berperanan sebagai mata dan telinga kepada pasukan artileri di medan perang.

 

“Sistem radar pengesan senjata telah memainkan peranan penting dalam banyak konflik bersenjata termasuk yang terbaharu di Ukraine.

 

“Dalam konflik di sana, pihak-pihak yang terlibat mempunyai sistem seperti ini untuk mengesan, menjejak dan mematahkan serangan lawan,” ujarnya.

 

Kelengkapan ini antara yang diketengahkan IDC Technologies pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024.

 

Kapal
Sistem SLC-2E dipasang di atas trak bagi memudahkan mobiliti.

 

Sistem SLC-2E yang terdiri daripada kabin kawalan dengan peralatan pemprosesan yang berkaitan, bekalan kuasa dan pemancar radar. 

 

Jelas Shahrulamir, kelebihan pada sistem ini ialah mobiliti kerana dipasang di atas kenderaan atau trak bersaiz 7 tan.

 

Sekiranya sistem ini dipilih pihaknya akan melakukan kerjasama termasuk pemindahan kemahiran teknologi yang memanfaatkan pengguna. - DagangNews.com