HSBC Malaysia perkenal tugu ikon singa, Stitt di Menara IQ TRX sempena ulang tahun ke-140 | DagangNews Skip to main content

HSBC Malaysia perkenal tugu ikon singa, Stitt di Menara IQ TRX sempena ulang tahun ke-140

Datuk Omar Siddiq bersama tugu ikon singa HSBC dikenali sebagai Stitt, di Menara IQ Tun Razak Exchange.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 23 Jan - HSBC Malaysia meraikan sambutan ulang tahun ke-140 HSBC di negara ini dengan memperkenalkan tugu ikon singa bank tersebut yang dikenali sebagai Stitt, di Menara IQ di hab antarabangsa baharu kewangan dan perniagaan di Tun Razak Exchange. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Datuk Omar Siddiq berkata, singa ikonik yang melambangkan pertumbuhan dan kemakmuran itu pertama kali diletakkan di cawangan Shanghai pada 1923. 

 

Beliau berkata, ikon singa itu terbukti sangat popular sehingga kini, yang mana ia diletakkan di banyak cawangan HSBC di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

 

Katanya, HSBC telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan Malaysia sejak 140 tahun lalu.

 

"Sejak membuka pintu ke pejabat pertama kami di Pulau Pinang pada 1884, kami telah menyokong dan terus menyokong pelanggan dan komuniti kami, berkembang dan makmur bersama," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

HSBC

 

 

Tambah Omar, peletakan ikon singa di Menara IQ itu merupakan gambaran kukuh dedikasi pihaknya terhadap pelanggan sejak 140 tahun lalu dan untuk tahun-tahun akan datang. - DagangNews.com