KUALA LUMPUR 13 Mei - Penyertaan InNature Bhd ke dalam pasaran makanan dan minuman (F&B) dijangka membantu mempelbagaikan pendapatannnya berbanding kebergantungaanya terhadap The Body Shop yang dilihat terus berdepan cabaran di peringkat global.
Baru-baru ini, kumpulan itu mengambil alih operator restoran Burger & Lobster pada harga RM21.25 juta dalam perjanjian pihak berkaitan sebagai sebahagian daripada pelan mempelbagaikan perniagaan.
Kumpulan itu sedang mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk cadangan pempelbagaiannya kepada perkhidmatan F&B, dan menggunakan hasil tawaran awam permulaan (IPO) bagi mengambil alih Burger & Lobster.
Mereka merancang untuk membiayai pemerolehan itu melalui hasil IPO dan dana dalaman dan ia dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.
"Dengan pengiktirafan jenama antarabangsa dan cawangan terhad di seluruh dunia (19 cawangan), kami percaya Burger & Lobster mempunyai daya tarikan unik untuk produk makanannya, mewujudkan permintaan daripada pengguna domestik dan pelancong.
"Mereka juga merancang untuk membuka satu lagi cawangan di Malaysia (kini hanya satu di Suria KLCC), dan dua cawangan masing-masing di Indonesia dan Vietnam sebaik sahaja pemerolehan selesai," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih kumpulan dijangka melonjak RM1.7 juta setahun berdasarkan kos faedah ebanyak 4% dan untung bersih FY23 Blu Restaurant Sdn Bhd sebanyak RM2.6 juta.
Katanya, dengan andaian untung FY23 Blu Restaurant kekal, untung bersih FY24-FY26 Innature meningkat antara 4% hingga 11%.
"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran 34 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com