Talentbank umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, tingkatkan peluang kerjaya lepaskan SPM | DagangNews Skip to main content

Talentbank umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, tingkatkan peluang kerjaya lepaskan SPM

Indeks Kebolehpasaran Siswazah Kebangsaan Talentbank menawarkan pandangan berharga kepada pelajar universiti akan datang tentang institusi yang digemari oleh majikan.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mei - Talentbank yang merupakan peneraju dalam meningkatkan daya kebolehpasaran graduan serta menghubungkan bidang akademik dengan sektor industri, hari ini mengumumkan Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024. 

 

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, panduan itu disediakan bagi membantu pelajar lepaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan maklumat menyeluruh berkenaan institusi pengajian tinggi pilihan majikan yang akan membantu mereka dalam pencarian kerja setelah tamat pengajian dan menambah baik peluang untuk dipilih oleh majikan. 

 

Data bagi panduan ini diambil daripada analisis penuh berdasarkan Indeks Kebolehpasaran Graduan Nasional Talentbank (Talentbank’s GE Index) di mana penilaian terhadap tahap kebolehpasaran para graduan di Malaysia telah dijalankan.

 

Talentbank’s GE Index adalah inisiatif dinamik yang telah dibangunkan oleh Talentbank sejak 2020. Indeks ini memberi penerangan dan maklumat yang mendalam daripada lebih 700 majikan termasuk Intel, TDCX, Ant Group, Huawei, Maybank, Nestle, Petronas, Shopee, CIMB Group, Sunway Group, PwC, Maxis, AIA, Hartalega, Malaysia Airlines dan banyak lagi. 

 

Direka khas sebagai satu kompas untuk anak muda menentukan masa hadapan mereka, Talentbank’s GE Index menjadi panduan untuk memilih bidang pengajian yang sesuai di institusi yang berprestij, sekali gus membantu ibu bapa dalam mengetahui graduan universiti yang mana akan menjadi pilihan majikan. 

 

ben ho
Ben Ho

 

Pendekatan strategik itu dijangka menaikkan taraf kebolehpasaran graduan, membolehkan mereka bersiap sedia untuk peluang pekerjaan dengan pendapatan yang berdaya saing. 

 

Majlis pelancaran Talentbank’s GE Index yang dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,  Prof. Dr. Azlinda Azman dan Ketua Pengarah Eksekutif Talentbank, Ben Ho bagi mengetengahkan kepentingan dalam memastikan hala tuju pengajian tinggi untuk selari dengan permintaan pasaran supaya dapat menjamin masa depan yang utuh di alam pekerjaan.

 

Ben Ho berkata, penyelidikan itu lahir dari komitmen kami untuk memberi panduan kepada pelajar bagi memudahkan pengemudian pemikiran dan penetapan fokus ke arah kerjaya yan lebih baik pada masa hadapan. 

 

Beliau berkata, inisiatif itu memainkan peranan penting di dalam visi mereka dalam mengetengahkan universiti yang akan membantu graduan untuk berjaya di dalam pasaran kerjaya antarabangsa. 

 

talentbank

 

Katanya, inisiatif itu juga akan memberi laluan kepada kerjaya yang menyeluruh, dengan matlamat untuk menaiktaraf kebolehpasaran dan kecemerlangan para graduan Malaysia di mata dunia. 

 

"Menggunakan tiga bahagian metodologi yang unik, Talentbank’s GE Index menyediakan pandangan holistik tentang bagaimana pihak universiti menyediakan para pelajar untuk alam pekerjaan. 

 

"Metodologi ini mengandungi tiga bahagian utama; mengenal pasti senarai universiti yang sering dipilih oleh majikan di dalam proses pengambilan, mengira keseluruhan jumlah graduan yang diambil oleh setiap universiti dan akhir sekali membuat penilaian kekerapan pengambilan ini berdasarkan prestasi positif graduan. 

 

"Lebih dari sekadar tinjauan, Talentbank’s GE Index menjadi panduan yang menyeluruh untuk masa hadapan graduan, dengan harapan tinggi yang indeks ini akan memperbaiki kadar pengangguran di Malaysia setelah permintaan pasaran diselaraskan dengan keputusan Pendidikan," katanya. 

 

Talentbank’s GE Index adalah satu pusat kajian dan perunding dengan kemahiran di dalam bidang kebolehpasaran graduan. Kajian yang dilakukan merangkumi ribuan majikan graduan di sektor-sektor industri penting untuk memahami kriteria pilihan dalam pengambilan pekerja. 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Talentbank’s GE Index, lawati laman web di https://www.talentbankgroup.com.  - DagangNews.com