ViTrox diunjur semak semula harga jualan produk MVS, ABI untuk terus bersaing dengan syarikat China, kata AmInvestment | DagangNews Skip to main content

ViTrox diunjur semak semula harga jualan produk MVS, ABI untuk terus bersaing dengan syarikat China, kata AmInvestment

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 April - ViTrox Corp Bhd diunjur menyemak semula harga jualan selain membangunkan model baharu yang lebih kos efektif untuk produk sistem penglihatan mesin (MVS) dan papan pemeriksaan automatik (ABI) bagi bersaing dengan syarikat China.

 

AmInvestment Bank Research menjangkakan pengurangan margin jangka pendek yang mengakibatkan harga jualan purata yang lebih rendah dan peningkatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi model baharu.

 

Katanya, kami memahami bahawa kumpulan itu menghadapi cabaran tertentu semua segmen seperti penangguhan penghantaran disebabkan permintaan yang perlahan dalam segmen automotif dan penghantaran mungkin berlaku pada  separuh kedua tahun ini dan saingan sengit di China bagi meraih bahagian pasaran.

 

"Dalam tempoh terdekat, kami masih melihat peningkatan dalam aktiviti perniagaan tetapi pesanan masih perlahan dalam sektor elektronik pengguna dan semikonduktor disebabkan ketidaktentuan ekonomi," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih teras kumpulan itu merosot 30% dari suku tahun ke suku tahun disebabkan perbelanjaan R&D yang lebih tinggi bagi produk baharu (RM4 juta), pemintaan ABI yang lebih rendah dan pembelian MVS  yang lebih rendah serta kos perkhidmatan yang lebih tinggi antara RM3 juta hingga RM5 juta bagi kegagalan bahagian komponen pelanggan.

 

Bagaimanapun, AmInvestment mengekalkan pandangan positif terhadap prospek kumpulan mengenai pemulihan beransur-ansur industri pada separuh kedua tahun ini dan seterusnya.

 

Firma penyelidikan itu yakin dengan aliran hasil kumpulan yanh pelbagai di luar China dan usaha agresifnya untuk menguasai pasaran negara itu.

 

"Kami menjangkakan kumpulan itu mencatatkan keputusan yang lebih baik pada separuh kedua tahun ini disokong jualan lebih tinggi daripada segmen MVS-T dipacu permintaan kukuh pengeluar telefon pintar China selain pembangunan model bahari dengan ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) dan segmen sama," katanya.

 

AmInvestment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga wajar (FV) RM9.00 sesaham.- DagangNews.com