Mengimbau perjalanan Piala Dunia bersama adidas dan Al-Ikhsan | DagangNews Skip to main content

Mengimbau perjalanan Piala Dunia bersama adidas dan Al-Ikhsan

Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal dan Tan Cheng Hoe memilih Brazil untuk menjulang kejuaraan Piala Dunia 2022.
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Nov - Sempena Piala Dunia Qatar akan datang; dan bagi meraikan Al-Rihla, inovasi terkini dalam sejarah bola perlawanan Tiga Jalur yang panjang – adidas mengalu-alukan para atlet dan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid. 

 

adidas menginovasikan bola perlawanan rasmi selama lebih lima dekad, ia memainkan peranan penting dalam evolusi Piala Dunia. Sejak 1970, adidas secara konsisten telah menambah baik setiap iterasi bola perlawanan rasmi Piala Dunia, menerusi perubahan bahan dan reka bentuk yang mencerminkan evolusi kejohanan tersebut.

 

Penyelidikan dan kemajuan selama berdekad lamanya telah membawa kepada penghasilan Bola Perlawanan Rasmi Piala Dunia tahun ini yang menjadi tumpuan jerayawara kali ini, iaitu Al-Rihla.

 

Pengurus Negara adidas Malaysia, Sharmin Photographer berkata, jerayawara itu yang dianjurkan bersama dengan cawangan sukan terkenal negara, Al-Ikhsan Sports adalah pendekatan terbaik untuk melihat inovasi bola yang digunakan bagi semua edisi Piala Dunia sejak 1970 sehingga Al Rihla yang akan digunakan di Qatar.

 

Katanya, bola itu adalah diinspirasikan daripada bendera Qatar selain menggunakan warna serta gam berasaskan air dan mesra alam sekitar.

 

"Bola ini adalah yang paling laju yang pernah direka dalam sejarah penciptaan bola oleh adidas dalam 14 edisi Piala Dunia," katanya.


 

Al-Rihla

 


Perpaduan Menerusi Sukan

Sebagai kejohanan bola sepak utama antarabangsa yang pertama dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia sekali lagi dapat berhimpun dan menikmati derauan tenaga yang dicetuskan oleh Piala Dunia.

 

Komitmen yang dipegang bersama adidas dan Al-Ikhsan untuk sentiasa mengutamakan pelanggan dalam setiap perkara yang mereka lakukan ditunjukkan secara jelas menerusi elemen-elemen yang tersendiri dalam jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas.

 

Setiap bahagian jerayawara tersebut memberikan pengalaman yang asli dan menyeluruh kepada para pengunjung untuk menerokai sejarah bola sepak di samping memperkenalkan kepada mereka masa depan sukan itu.

 

Acara gilang gemilang untuk para peminat bola sepak ini bakal menyatukan para pemain dan peminatnya menerusi kuasa sukan tersebut.

 

Bola Paling Lestari Setakat Ini

Al-Rihla adalah bola perlawanan rasmi Piala Dunia pertama yang diperbuat secara eksklusif menggunakan dakwat dan gam berasaskan air. Corak pada bola itu melambangkan budaya dan bendera Qatar dengan reka bentuk empat warna, yang berani lagi bersemangat.

 

Sebagai produk pertama yang membawa logo prestasi adidas terbaru, ia direka bentuk bagi menyokong tahap kelajuan permainan, berupaya meluncur lebih laju ketika di udara berbanding mana-mana bola dalam sejarah kejohanan itu.

 

Para pengunjung akan memulakan perjalanan mereka dengan menyaksikan sendiri sejarah ini menerusi Arkib Bola Perlawanan, yang mempamerkan detik-detik kegemilangan lampau setiap Bola Perlawanan Rasmi adidas (1970 – 2018). 

 

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas 

Selepas keluar daripada Arkib Bola Perlawanan, para pengunjung akan dapat menerokai Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas, yang disusun berdasarkan kepada sejarahnya yang kaya menjangkau lebih setengah abad dan merangkumi 14 bola perlawanan secara berturut-turut. Pertamanya, para pengunjung boleh melihat kawasan jualan yang padat dengan semua rangkaian produk adidas, termasuk jersi 2022. 

 

parafrasa

 

Sebagai menghormati dan mengiktiraf budaya yang ditonjolkan dalam sejarah bola sepak negara masing-masing, para peminat sukan ini boleh membeli kit daripada pelbagai persekutuan di sepanjang jerayawara (Jerman, Argentina, Sepanyol, Jepun, Mexico, Colombia dan Sweden). Dihasilkan menggunakan 100% poliester dengan teknologi HEAT.DRY yang dipertingkatkan, koleksi jersi ini bukan sahaja lebih lestari, tetapi juga merupakan jersi berprestasi terbaik pernah dimiliki oleh jenama berkenaan. 

 

Sesi mencuba kasut atau shoe trialling juga akan diadakan di tapak acara tersebut bersama-sama dengan stesen permainan berteraskan bola sepak. Selain daripada itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk mencipta detik istimewa sekali dalam seumur hidup dengan menyertai sesi ramah mesra eksklusif bersama-sama pemain bola sepak Malaysia dan pencipta adidas pada hari tertentu acara itu.

 

Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas turut menganjurkan satu pertandingan media sosial di tapak acara. Para peserta berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk Kod FIFA23 Ultimate Edition dan juga bola perlawanan rasmi Al-Rihla yang ditandatangani oleh David Beckham. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman Instagram rasmi adidas. - DagangNews.com DagangNews.com