Langkah Unilever jual Ben & Jerry's rahmat bagi industri minyak sawit Malaysia | DagangNews Skip to main content

Langkah Unilever jual Ben & Jerry's rahmat bagi industri minyak sawit Malaysia

Kedai Ben & Jerry's di Sunway Pyramid dibuka pada 2019 tetapi tutup perniagaan sama sekali setahun kemudiannya.
Oleh Brian Monteith

Syarikat multinasional British, Unilever menarik diri dari perniagaan aiskrimnya bagi memudahkan operasi syarikat dan menjimatkan AS$800 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

Bukan sahaja menjimatkan, tetapi langkah itu mampu mengelakkan syarikat itu daripada perlu menjelaskan tingkah laku aneh lembaga pengarah Ben & Jerry, yang menjadikan kontroversi dalam industri pembuatan sebagai sebahagian daripada tugasnya sebagai membuat ais krim.

 

Jenama aiskrim Unilever adalah antara lima daripada 10 nama ais krim terlaris di dunia, termasuk Ben & Jerry's, Magnum, Wall's dan Popsicle.

 

 

ben & jerry
Kilang ais krim Ben & Jerry's di Waterbury, Vermont, Amerika Syarikat

 

 

Ben & Jerry's telah dibeli oleh Unilever pada tahun 2000 tetapi kekal sebagai anak syarikat autonomi penuh, bermakna Lembaga Pengarahnya bebas menjalankan kempen selama 24 tahun tanpa memberi kesan atau memalukan syarikat induknya.

 

Tindakan ahli lembaga Ben & Jerry mempamerkan pandangan progresif yang radikal terhadap isu global tidaklah mengejutkan memandangkan Penerajunya, Anuradha Mittal, merupakan pengasas badan pemikir berhaluan kiri Oakland Institute.

 

Bermula dengan menyokong advokasi bagi menafikan hak polis sehingga mempromosikan dasar sosialis yang tidak realistik, Ben & Jerry telah dengan jelas menyuarakan pandangan dan pendirian mereka melangkaui perkhidmatan kepada pelanggan.

 

Seolah-olah mereka lupa tujuan utamanya adalah untuk membuat aiskrim, bukan untuk memberi syarahan kepada kita tentang cara menjalani kehidupan kita.

 

Ben & Jerry's telah berulang kali menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk mendahulukan perjuangan keadilan sosialnya.

 

Dalam usahanya yang tidak henti-henti mengejar matlamatnya, lembaga pengarah Ben & Jerry telah mengubah jenama ikonik itu menjadi megafon politik, meminggirkan pelanggan dengan beberapa tindakan berbaur politiknya yang berulang.

 

 

Anuradha Mittal
                  Anuradha Mittal 

 

 

Sama ada ia memboikot pasaran tertentu atau enggan menjual produknya di penempatan Israel, ia menunjukkan mereka tidak menghiraukan kepentingan pemegang saham Unilever.

 

Dengan campur tangan dalam isu geopolitik dan sosial, jenama itu telah berjaya mengeruhkan hubungan dan mencipta musuh.

 

Ia seperti Ben & Jerry mengumpan dan meminggirkan pelanggannya melalui beberapa tindakan salah, termasuk ciapan pada 4 Julai tahun lepas– daripada semua tarikh – bahawa pada pendapatnya Amerika "wujud di atas tanah Orang Asal yang dicuri" dan ia komited untuk mengembalikannya.

 

Ia telah mencadangkan Gunung Rushmore diserahkan kembali kepada pemilik asalnya, dan di laman webnya, ia menyuarakan bahawa dana kepada polis harus dihentikan wang tersebut digunakan untuk tujuan peningkatan sosial.

 

Pada 2021 ia juga berkata tidak menjual aiskrim di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza untuk menandakan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.

 

Pandangan mereka tidak terhad kepada isu politik dan sosial sahaja. Ia terarah kepada hipokrasi alam sekitar, seperti pendirian anti-minyak sawit mereka.

 

 

ben & jerry
Iklan anti-minyak sawit oleh Ben & Jerry's

 

 

Ben & Jerry's mengecam minyak sawit sebagai penjenayah alam sekitar, mengabaikan fakta bahawa WWF percaya pengeluaran minyak sawit yang mampan sebenarnya boleh memberi manfaat kepada planet ini.

 

Daripada terlibat secara konstruktif dalam isu ini dan menyokong amalan mampan, jenama aiskrim itu telah memilih untuk mensensasikan dan menjadi tumpuan melalui pendirian mereka yang secara tidak langsung memberi reputasi sebagai Syarikat yang menyokong tindakan yang sia-sia.

 

Pendekatannya adalah tidak jujur dari segi intelek.

 

Pembuat aiskrim itu membenci minyak sawit, ekoran kaitannya dengan penebangan hutan sebelum ini, namun kadar penebangan hutan di negara-negara seperti Malaysia telah menunjukkan arah aliran yang lebih rendah kebelakangan ini, dengan Global Forest Watch pada Jun 2023 telah melaporkan bahawa terdapat pengurangan mendadak dalam kehilangan hutan, menunjukkan bahawa pembalikan penebangan hutan boleh dicapai.

 

Inisiatif yang digunakan oleh kerajaan Malaysia dan syarikat minyak membuahkan hasil dengan kira-kira 83% daripada kapasiti penapisan minyak sawit kini beroperasi di bawah komitmen 'Tiada Penebangan Hutan, Gambut dan Eksploitasi (NDPE)'.

 

Malah Hannah Ritchie, dari unit penyelidikan Our World in Data Universiti Oxford, berkata dalam bukunya ‘Not The End of the World’  bahawa minyak sawit bukanlah ‘penjahat’ seperti yang digambarkan. Dr Ritchie berhujah bahawa menyingkiran minyak sawit akan menyebabkan ia digantikan dengan minyak lain dan alternatifnya yang tidak baik.

 

 

Hannah Ritchie

 

 

Jika syarikat memboikot minyak sawit untuk menggantikannya dengan alternatif yang mempunyai hasil yang lebih rendah, kita memerlukan 5 hingga 10 kali lebih banyak tanah yang dikhaskan untuk tanaman minyak.

 

Untuk menggambarkan situasi ini, Ritchie menghasilkan eksperimen untuk kita berfikir: kini kita menggunakan 322 juta hektar (kawasan sebesar India) untuk menanam tanaman minyak.

 

Jika kita mengambil kira jumlah hasil yang sama daripada minyak sawit, kita hanya memerlukan 77 juta hektar iaitu empat kali ganda lebih sedikit dan menjimatkan lebih banyak ruang tanah.

 

Tetapi untuk mendapatkan jumlah hasil yang sama dari minyak zaitun maka kita memerlukan 660 juta hektar - atau setara dengan dua India mengikut keluasan daratan.

 

Pembuat roti tidak berkempen tentang kesan alam sekitar disebabkan oleh penternakan tenusu yang menyediakan bahan-bahan untuk ais krim - jadi mengapa pembuat barangan mewah harus percaya bahawa mereka mempunyai nilai moral yang tinggi?

 

Adakah ia satu helah pemasaran atau permainan politik dengan mempertaruhkan pelanggan mereka?

 

 

unilever

 

 

Walau apa pun alasan Unilever untuk keluar daripada perniagaan ais krim – dan mungkin sebab utamanya ialah perniagaan makanan sejuk beku memerlukan rangkaian logistik yang rumit yang perlu dibina untuk memastikan produk itu sejuk, yang akan membawa kos yang besar dan jejak karbon yang besar – Unilever akan berpuas hati dengan keputusan ini.

 

Hakikatnya, pengguna mengidamkan aiskrim, bukan politik. Dan mereka menghargai kebenaran daripada hiperbola. Jika Ben & Jerry's mahu bertahan dalam di masa hadapan, politik gila itu harus dihentikan. - DagangNews.com

 

Brian Monteith merupakan bekas ahli parlimen Scotland dan Eropah serta editor ThinkScotland.org.