LFE Corp terima subkontrak bernilai RM8.3 juta daripada Puncakcity Development bagi kerja-kerja cerucuk | DagangNews Skip to main content

LFE Corp terima subkontrak bernilai RM8.3 juta daripada Puncakcity Development bagi kerja-kerja cerucuk

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mei - LFE Corp Bhd menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM8.3 juta daripada Puncakcity Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja cerucuk bagi tempoh sembilan bulan.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu bermula pada 15 Mei 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Februari 2025.

 

"Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamat kontrak," katanya.

 

Syarikat itu tidak menjangkakan sebarang risiko yang timbul daripada kontrak tu selain daripada risiko operasi biasa berkaitan kontrak yang mana kumpulan akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk meminimumkannya.

 

Tiada pengarah atau pemegang saham besar kumpulan atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu. - DagangNews.com