Hikayat Fandom mantapkan hala tuju dengan penarafan Usahawan Sosial oleh KUSKOP | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Dari Hikayat Kita - 06 May 2024 07:00 AM

HIKAYAT FANDOM MANTAPKAN HALA TUJU DENGAN PENARAFAN SEBAGAI USAHAWAN SOSIAL (ASPIRE SE) OLEH KUSKOP

 

 

ANTARA matlamat Keusahawanan Sosial yang digariskan oleh Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) adalah Pemeliharaan Budaya dan Warisan. Dengan memelihara dan meraikan warisan kebudayaan, komuniti boleh mengekalkan identiti yang unik, memupuk nilai sosial, dan meningkatkan pembangunan ekonomi.

 

Pelancongan yang menghormati dan menggalakkan budaya tempatan boleh mencipta peluang untuk menambah pendapatan, menambah baik infrastruktur, dan meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar dan amalan pelancongan lestari mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

 

Hikayat Fandom memulakan Hala Tuju  secara formal sebagai Usahawan Sosial setelah dinaiktaraf sebagai Aspire SE pada 30 April 2024 dari INSKEN (Pusat Kecemerlangan Perusahaan Sosial) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semalam.

 

Hari ini, kita lihat warisan seni budaya, sastera dan sejarah kurang mendapat tempat di kalangan generasi muda. Malah seni budaya dan sastera tempatan menghadapi pelbagai cabaran.

 

Penciptaan kandungan seperti buku, novel, animasi, filem berdasarkan seni budaya tempatan amat kurang. Ini berbeza dari contoh Korean Wave dan China yang memberi tumpuan pada intipati warisan seni untuk memperkasa bangsa.

 

 

iktisad

 

 

Penumpuan Hikayat Fandom adalah untuk memperkasa warisan sastera, seni dan budaya dan sejarah Dunia Melayu untuk masyarakat demi jati diri, pemahaman, perpaduan (integrasi sosial) dan pembangunan ekonomi berlandaskan seni budaya diterima dan disemai oleh semua kaum di Malaysia.

 

Sebagai usahawan sosial, Hikayat Fandom boleh memberi impak yang positif memperkasa seni budaya melalui fokus:

 

1. Penerbitan buku Berilmiah dan Bercirikan Seni Budaya: Hikayat Fandom memainkan peranan dalam menerbitkan karya ilmiah dan juga kreatif fiksi bertemakan warisan hikayat lama,  seni budaya yang berkualiti dan bercirikan identiti Melayu.

 

2. Promosi Sastera dan Seni Budaya Antarabangsa: Hikayat Fandom gigih mempromosi sastera dan seni budaya Melayu ke peringkat antarabangsa.

 

Melalui kolobrasi penerbit Amerika Syarikat, Itali dan Jerman, Ninot Aziz membawa puisi dan karya berteraskan dunia Melayu ke persada antarabangsa.

 

Tujuh karya Hikayat Fandom berkualiti tinggi terpilih untuk dipromosi ke Beijing, China melalui program Kota Buku dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. CEO Kota Buku, Adibah Omar berkata, “Usaha ini adalah kebanggaan negara kita - untuk dinikmati oleh pembaca global!”

 

3. Penglibatan Pekerja Gig Ekonomi: Hikayat Fandom gigih memberi peluang kepada pekerja gig ekonomi dalam bidang ilustrasi, seni grafik, penterjemahan, dan penyuntingan untuk menyumbang kepada projek-projek penerbitan dan pengiklanan.

 

Ini membuka peluang pekerjaan kepada individu berkemahiran yang menjadi asas kepada keberlangsungan industri kreatif Melayu terutama dalam kalangan Ibu tunggal dan OKU.

 

4. Pemilihan Seni Budaya dalam Pementasan: Hikayat Fandom bekerjasama dengan pelbagai pihak seni budaya seperti seniman seni seperti Makyong, Mek Mulung, Wayang Kulit, penari dan juga ahli teater.

 

HF juga berkolobrasi dengan ahli akademia,  dan agensi agensi kerajaan seperti JKKN, MABOPA, MBKM dan pelbagai lagi demi menyemarak elemen tradisional dan warisan agar para seniman dan budayawan Melayu mendapat  pengiktirafan dan kesan positif terhadap pertumbuhan industri seni dan budaya tempatan.

 

 

iktisad

 

 

5. Penerbitan DRAGONLORE dan sajak Hikayat Fandom terpilih untuk diabadikan di arkib bulan iaitu LUNAR CODEX (Satu projek NASA/SPACE X dan Incandence Corp) pada tahun ini membawa mesej kelestarian dan kaemanusiaan sejagat. Ini bertepatan Matlamat Pembangunan Mampan PBB.

 

Untuk memastikan Hikayat Fandom layak mendapat naik taraf sebagai Usahawan SE, aktiviti dan tumpuan kami tertumpu pada kumpulan sasar sosial.

 

Antara tumpuan kami adalah kanak-kanak, di mana aktiviti Art Workshop dan Storytelling kami dijalankan di Hikayat Fandom Folklore World secara percuma tertumpu pada kanak-kanak termasuk autistik.

 

Projek Hikayat Fandom Storyteller Guild pula menyokong pembudayaan tukang cerita terutama dalam kalangan warga emas demi  memperkasa warisan sastera, seni budaya dan sejarah, aktiviti Saturday Storytelling dan Anugerah Storyteller Guild.

 

 

fandom

 

 

Projek Hikayat Fandom memberi peluang menjana pendapatan untuk golongan ekonomi gig terdiri dari ahli seni, penulis dan artis seni ilustrasi dan pereka grafik termasuk mereka dari golongan ibu tunggal dan OKU.

 

Acara tahunan  Art & Cultural Showcase Hikayat Fandom pula menonjolkan persembahan seperti Makyong, Mek Mulung, Wayang Kulit,  memperkasa seniman seni budaya dihadiri pelbagai golongan secara percuma.

 

Baru-baru ini, Hikayat Fandom dan Malaysia Heritage Studio menyempurnakan kolaborasi dalam usaha memupuk warisan kebudayaan, sejarah dan hikayat.

 

Memorandum Persefahaman telah ditandatangani dan dipersetujui oleh Dr Anir Syazwan Sharbirin mewakili WeGrow Edutainment dan Ketua Pegawai Operasi Hikayat Fandom, Rudy Daud.

 

Pengarang, pencerita rakyat, dan pengasas Hikayat Fandom, Ninot Aziz berkata, “Dengan mengintegrasi budaya dalam inisiatif pelancongan, kita boleh memastikan pembangunannya bersifat lestari, inklusif dan berdaya maju secara ekonomi, dan menghormati amalan kebudayaan dan kepercayaan.

 

“MOU yang dilaksanakan bersama Malaysia Heritage Studios ini menampilkan aspirasi dalam pada kita bekerjasama untuk meningkatkan pemahaman kebudayaan dan nuansanya dalam inisiatif pelancongan serta didik-hibur.”

 

 

iktisad

 

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Wegrow Edutainment, Dr Anir Syazwan Sharbirin berkata, “Kami percaya dengan kolaborasi bersifat menang-menang ini kerana Hikayat Fandom mempunyai reputasi yang baik dalam kerjasama meningkatkan warisan, fokus untuk menghidupkan kembali cerita rakyat Asia dan juga Malaysia.

 

“Malaysia Heritage Studios merupakan platform yang baik untuk merealisasikan pengalaman warisan ini bagi semua pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.”

 

Sebagai pemain utama dalam industri pelancongan, kami amat mengalu-alukan mana-mana kehadiran syarikat tempatan yang mempunyai hala tuju dan visi yang sama dalam meningkatkan warisan negara kita yang kaya.

 

Dalam hal ini, Hikayat Fandom mempunyai nada yang sama dan kami percaya bahawa Malaysia Studios dan Hikayat Fandom dapat berganding bahu ke arah menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dipercayai.”

 

Malaysia Heritage Studios dengan sokongan Hikayat Fandom akan meneroka penciptaan kandungan menggunakan teknologi imersif dan pengalaman mengikut sesuatu tempat, berfokus pada Hikayat dan Warisan Malaysia. - DagangNews.com

 

Ninot Aziz merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia 2023/2024 dan adalah penggiat seni serta kebudayaan Melayu, dari bzBee Consult, aktif menulis di dalam pelbagai medium seperti akhbar dan menerbitkan buku-buku seperti Bentala Naga - A Makyung Tale dan Lipur Lara Nusantara dan kini menulis menerusi kolum Dari Hikayat Kita di DagangNews.com, setiap Isnin.   Emel : ninotaziz@gmail.com
 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL DARI HIKAYAT KITA

tnb