Malaysia wajar teroka industri baharu menerusi Strategi Kepimpinan Kos berkesan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 11 Aug 2023 08:00 AM

Malaysia wajar teroka industri baharu menerusi `Strategi Kepimpinan Kos' berkesan

 

 

 

SEJAK kebelakangan ini negara kita menunjukkan tanda-tanda pemulihan keyakinan terhadap pelabur asing di mana langkah yang diambil oleh pasukan yang diterajui Perdana Menteri ke-10 mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

 

Ini digambarkan melalui usaha syarikat untuk pembesaran perniagaan global dan serantau dengan jumlah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang terus berkembang untuk tempoh Januari hingga Jun 2023. Ekonomi negara kini berada pada landasan pemulihan yang kukuh walaupun perlahan sejak pembentukan kerajaan baru.

 

Jika kita lihat faktor ini disokong oleh ekosistem perindustrian yang teguh yang telah dipersiapkan oleh kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional satu masa dahulu.

 

Perkembangan ini juga dibantu oleh inisiatif-inisiatif jangka pendek kerajaan semasa bagi memacu peningkatan permintaan dalam negeri dan langkah-langkah pembendungan yang memudahkan urusan pelaburan, dan hasilnya prestasi ekonomi Malaysia terus pulih dan berkembang dengan kukuh.

 

Selain daripada peningkatan jumlah kehadiran syarikat-syarikat multinasional ke Malaysia, syarikat-syarikat Malaysia juga telah memanfaatkan kehadiran mereka di sini dengan membina keupayaan untuk meneroka industri-industri berasas produk baru dan perkhidmatan yang berasaskan teknologi terkini oleh syarikat-syarikat global ini.

 

Industri-industri perniagaan baru ini berupaya menawarkan produk pada harga yang jauh lebih rendah dan akan menjadi keperluan kebanyakan pelanggan pada masa hadapan. Strategi yang betul yang boleh dilakukan untuk menerokai industri baru ini digelar “Cost Leadership Strategy” atau strategi kepimpinan kos.

 

parafrasa

 

Kepimpinan kos ialah strategi yang mampu merangsang pertumbuhan dan menjadikan syarikat tempatan jauh lebih berdaya saing dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi berbanding dengan pesaing lain dari syarikat serantau. Syarikat yang melaksanakan strategi ini boleh dikatakan mempunyai kelebihan daya saing.

 

Strategi kepimpinan kos ini juga merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran yang berkesan dan dilihat boleh membantu syarikat tempatan meraih jumlah bahagian pasaran yang lebih besar dalam persaingan. Harga yang rendah sudah tentu membuatkan pelanggan berminat untuk membeli dan jauh lebih menggemari produk negara kita berbanding produk yang serupa dengan harga yang tinggi.

 

Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang strategi ini, para pemain industri seharusnya melihat strategi ini dari beberapa perspektif yang berbeza.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan kos?

Strategi kepimpinan kos dibangunkan oleh seorang ahli pengurusan Michael P. Porter. Dalam Strategi Generik ini beliau menyarankan agar ia dilihat sebagai strategi kompetitif, yang terdiri daripada strategi kepimpinan kos, pembezaan dan fokus.

 

Strategi kepimpinan kos ialah strategi yang digunakan oleh syarikat untuk mendapatkan kelebihan daya saing dengan menurunkan harga di bawah harga pesaing kerana mereka adalah syarikat paling awal memasuki industri tersebut.

 

Syarikat-syarikat tempatan perlu diingatkan perkara yang paling penting yang mesti diambil kira ialah, walaupun harga yang ditawarkan adalah rendah tidak bermakna kualitinya tidak bermutu. Kualiti mesti kekal menjadi keutamaan bagi industri yang menggunakan strategi ini.

 

Syarikat-syarikat tempatan yang bersama meneroka pasaran industri baru ini perlu menyasarkan pasaran sasaran yang agak sensitif harga. Dengan cara itu, setiap produk bersaing antara satu sama lain untuk memenangi hati pelanggannya melalui strategi harga.

 

parafrasa

 

Untuk memperoleh manfaat dari strategi kepimpinan kos syarikat tempatan mesti bijak dalam mengurangkan kos dalam setiap bidang perniagaan mereka, mungkin dari kos pemasaran, pengedaran, dan pembungkusan. Pengiraan perlu tepat dan tepat kerana risiko yang dihadapi juga agak besar kerana ia merupakan industri baru.

 

Strategi kepimpinan kos dijalankan apabila sesebuah syarikat itu menjadi peneraju pasaran dalam persaingan dengan menggunakan harga yang rendah. Strategi ini boleh berfungsi tanpa mengurangkan pendapatan sesebuah syarikat.

 

Walaupun secara teorinya strategi ini boleh dilakukan tanpa memotong hasil, sesebuah syarikat perlu memerah otak mereka untuk dapat mengurangkan kos dalam setiap bidang perniagaan mereka.

 

Atas faktor ini, setiap strategi kepimpinan kos yang dilaksanakan perlu diukur dan dipantau secara berkala. Penilaian berkala perlu sentiasa dilakukan untuk memantau sama ada strategi ini benar-benar memberi kesan kepada peningkatan hasil.

 

Dengan kata lain, strategi kepimpinan kos bergerak sebagai satu proses. Syarikat perlu mencuba, mengulangi setiap langkah yang digunakan. Jika sesuatu strategi gagal, cari strategi alternatif lain.


 

irsyad

 


Apabila syarikat tempatan beraya mengadunkan resipi strategi yang betul, maka ia menjadi senjata yang pasti untuk mereka mendahului dalam kos pengeluaran dan membuat keuntungan lebih daripada pesaing mereka. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan

 KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI


 

dagangnews