Kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia dan UiTM Negeri Sembilan Pemangkin Transformasi Digital Usahawan Mikro
Oleh Afizan Amer & Siti Hajar Md. Jani
PROGRAM Digitalisasi boleh dikatakan `penyelamat industri’ keusahawanan mikro di Malaysia semasa pandemik COVID-19.
Ini disokong oleh program-program kerjasama, seperti yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia satu agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bersama UiTM Negeri Sembilan serta komuniti dalam masyarakat.
Program Ruang Reka Dalam Komuniti ini merupakan peningkatan penggunaan digital dan ia merupakan satu langkah untuk mempercepat perkembangan transformasi ekonomi digital.
Transformasi ke perniagaan berasaskan digital bukan lagi pilihan tetapi keperluan bagi perniagaan untuk mengekalkan daya saing di era pandemik dan Industri 4.0.
Program sinergi dalam situasi pandemik ini mendorong dan mempercepat transformasi digital semua sektor keusahawanan di Malaysia ke peringkat berikutnya.
Dari perspektif infrastruktur IT di Ruang Reka Dalam Komuniti ini , terdapat tiga tumpuan utama transformasi digital, iaitu Cloud & AI, 3D Printer dan Design Thinking Centre .
Transformasi Digital melalui kecerdasan buatan (AI) adalah asas transformasi bagi dunia perniagaan dalam program ini.
Perusahaan mikro dapat memperluas infrastruktur yang diperlukan untuk mendukung perubahan keutamaan perniagaan, sekaligus mengimbangi transformasi digital.
Persiapan Hadapi Era Industri 4.0
Persiapan industri keusahawanan mikro Malaysia menghadapi industri 4.0 perlu di pacu dengan sinergi berprestasi tinggi seperti “Program Ruang Reka Dalam Komuniti” ini.
Melalui program sebegini, transformasi digital dalam perusahaan mikro akan dapat memperkuat reputasi, pertumbuhan, dan perkembangan perniagaan yang makin penuh cabaran.
Usaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia dan UiTM Negeri Sembilan ini berteraskan kepada pengembangan kecerdasan buatan untuk memenuhi petunjuk perubahan di peringkat nasional yang bertujuan menjadikan Malaysia lebih kompetitif di tingkat global sebagai sebuah negara keusahawanan berteraskan inovasi menjelang 2030.
Transformasi Digital yang dilaksanakan melalui “Program Ruang Reka Dalam Komuniti” dapat memberikan faedah perniagaan, termasuk mengurangkan jumlah kos latihan dan kecekapan penguasaan teknologi yang lebih besar.
Sementara itu, transformasi digital dalam penggunaan wifi dalam komuniti juga di libatkan melalui program ini dalam komuniti tersebut.
Dengan jaringan tanpa wayar yang disatukan sebagai landasan, perusahaan dalam komuniti tersebut dapat mempercepat proses transformasi digital tanpa risiko dan dapat merancang semula infrastruktur IT untuk merangkumi teknologi mengganggu termasuk IoT, Realiti Maya, multi-Cloud , dan Kecerdasan Buatan.
Oleh itu, transformasi digital menjadi keperluan untuk mengembangkan perniagaan. Usahawan mikro setempat dapat turut serta secara aktif dalam menghadapi cabaran transformasi digital dengan lebih baik.
Cabaran Usahawan Mikro Semasa COVID-19
Tiga cabaran usahawan mikro semasa wabak ini termasuk penawaran, aliran tunai dan juga permintaan.
Program Pendidikan transformasi digital di “Ruang Reka Dalam Komuniti” bermula dengan teknologi yang selalu digunakan dalam kehidupan sehari-hari seperti mengoptimumkan pengurusan melalui penggunaan Wi-Fi.
Program Latihan UPSKILLING Usahawan yang dijalankan semasa COVID-19
Melalui program transformasi dan pendigitalan yang dilaksana, ia akan dapat membantu memberikan gambaran yang jelas dan mempercepat langkah transformasi digital yang signifikan dan lestari untuk usahawan mikro dalam komuniti tersebut.
Ini diadakan terutamanya untuk kolaborasi dalam sektor usahawan mikro yang memerlukan sokongan penuh dari kerajaan.
Sementara itu, di pihak usahawan mikro setempat pula mereka perlulah mengubah strategi produksi dan jenis barang mereka untuk memenuhi permintaan pasaran yang dinamis.
Beberapa usahawan mikro setempat mula menghasilkan barang popular seperti topeng dan pembersih tangan.
Kerjasama dalam program ini diadakan di Ruang Reka Dalam Komuniti, Taman Rasa Sayang, Senawang di Negeri Sembilan.
Program ini sangat berguna bagi berbagai sektor, terutama untuk pengusaha perniagaan sebagai penanda aras untuk mengambil langkah mempercepat akses kepada internet, meningkatkan kemahiran digital dan literasi digital yang akan disokong oleh sejumlah program dari UiTM Negeri Sembilan yang bersifat inkubator, pendidikan dan jaringan kerjasama dengan pelbagai pengusaha e-dagang dan sektor swasta lain.
Kerjasama IPT, Agensi Kerajaan dan Rakan Komuniti Pemangkin Keusahawanan Inovasi
Kerjasama antara Yayasan Inovasi Malaysia , UiTM Negeri Sembilan dan Komuniti Parlimen Rembau ini juga mampu mengangkat aktiviti inovasi sebagai satu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih baik.
Setiap organisasi/syarikat sama ada yang menjalankan perniagaan berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan suatu idea yang kreatif bagi meningkatkan kualiti keluaran terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijalankan.
Memandangkan persekitaran perniagaan yang ada pada masa kini adalah bersifat dinamik dan para usahawan terpaksa berhadapan dengan perubahan teknologi yang begitu pantas.
Seorang usahawan mikro perlu menghadapi cabaran-cabaran ini untuk menangani perubahan ekonomi moden yang banyak menggunakan transformasi teknologi berbanding tenaga manusia.
Para usahawan mikro di dalam komuniti kini perlu mempunyai sifat kreativiti dan semangat inovasi yang tinggi bagi menyesuaikan diri di dalam arus perniagaan moden yang bergerak dengan pantas kepada transformasi pasaran khasnya dalam bidang perniagaan yang sedang atau akan dijalankan oleh usahawan.
Ini merupakan satu usaha berterusan dan di letakkan sebagai objektif utama program kerjasama ini.
Justeru itu, Program Ruang Reka Dalam Komuniti ini membolehkan seseorang usahawan mikro membuat penambahbaikan berterusan bagi membolehkan mereka terus bertahan dalam sebarang bidang perniagaan yang dilakukan.
Maka sudah tiba masanya bagi para usahawan untuk menanamkan semangat berinovasi dan kreatif yang tinggi dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Semoga dengan pendekatan inovasi ini dapat membantu para Saharan dalam mengejar kejayaan ke arah yang lebih cemerlang. – DagangNews.com
Afizan Amer adalahKetua Jabatan Perundingan & Latihan Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED
Siti Hajar Md. Jani adalah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah