10 saham utama bakal berprestasi tinggi di Indeks Small-Cap | DagangNews Skip to main content

10 saham utama bakal berprestasi tinggi di Indeks Small-Cap

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - Sebanyak 10 saham utama dijangka memuncak di dalam Indeks Small-Cap (FBMSC) berdasarkan trend aliran menaik tinggi yang ditunjukkan bermula pertengahan tahun lalu.

 

Menurut kajian firma Maybank IB, 10 saham utama itu ialah:

1.    Aemulus Holdings
2.    Atrium REITs
3.    Berjaya Food
4.    Chin Well Holdings
5.    Hibiscus Petroleum
6.    Grand Hoover
7.    HPMT Holdings
8.    MMS Venture
9.    Nova Wellness Group
10.  Sarawak Plantation

 

Menurut Maybank IB, Indeks FBMSC menunjukkan peningkatan sebanyak 131.8% daripada 7,520 mata untuk memuncak kepada 17,446  mata pada April 2021.

 

Pergerakan indeks FBMSC sebahagian besarnya berada dalam julat sokongan rintangan di antara 15,200 mata and 17,450 mata. 

 

Risiko terhadap indeks berkenaan terhad kepada saluran rosot linear -1 seiring dengan pembalikan di dalam RSI dan DeTrend.

 

Peningkatan minggu lalu mengesahkan corak 'double bottom' dan ia dijangka melengkapkan kitaran untuk indeks berkenaan. 

 

 

saham

 

Menggunakan perbandingan mudah 10% daripada pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun (YoY) dan perdagangan di atas 200 hari menggunakan EMA lines, sebanyak 70 saham berjaya disenaraikan.

 

``Senarai 70 saham itu dijangka menjadi saham berprestasi tinggi untuk menyerlah di dalam indeks FBMSC,’’ kata Maybank IB.

 

Berdasarkan analisis menaik untuk indeks berkenaan, saham berprestasi tinggi itu dijangka meneruskan trend menaik dengan lebih pantas berbanding indeks berkenaan.

 

Indeks FBMSC dijangka bermula dengan baik pada tahun baharu ini dan meneruskan aliran menaik berterusan pada kedudukan 16,580 mata dan sasaran jangka sederhana mencecah paras 17,450 mata.

 

Bagaimanapun, pelanggaran sokongan akan membuatkan aliran menaik itu terhenti pada kedudukan 15,200 mata dan akan menurun kepada paras 14,260 mata dan 13,650 mata. – DagangNews.com