13 kali lebih banyak Functional Homemakers membeli-belah di Shopee pada 2022 berbanding 2019 | DagangNews Skip to main content

13 kali lebih banyak Functional Homemakers membeli-belah di Shopee pada 2022 berbanding 2019

Kepelbagaian pembeli di Shopee menunjukkan peningkatan

MEMANDANGKAN musim beli-belah akhir tahun berterusan dengan pantas, Shopee Malaysia mengkaji datanya untuk memahami penggunanya dari segi produk yang dicari dan faktor-faktor yang mendorong mereka untuk membeli-belah dalam talian.

 

Platform e-dagang tersebut menganalisis tingkah laku para pembeli yang membeli-belah dengan kerap.

 

Penemuan utama termasuk:

  • Terdapat 13 kali lebih banyak Functional Homemakers dalam talian tahun ini berbanding tiga tahun lalu (Januari hingga Ogos 2022 berbanding tempoh yang sama pada 2019). Sejak 2019, carian untuk penggoreng udara telah meningkat sebanyak 11 kali, pembersih vakum sebanyak 8 kali dan pemproses makanan sebanyak 4 kali.

 

  • 5 pesona beli-belah dalam talian teratas berdasarkan populariti kata kunci pada hari ini ialah:

 

         *Functional Homemakers (24%), yang mencari peralatan rumah premium yang mempunyai jaminan serta teknologi terkini untuk peranti rumah pintar.

 

          *Digital Replenishers (23%), yang membina ekosistem aksesori digital yang produktif dengan ipad, tablet, stilus, fon telinga dan sarung telefon pintar.

 

          *Impulse Indulgers (18%), yang memberi ganjaran dengan membeli makanan ringan, aksesori barang kemas, cermin mata hitam dan peralatan seni kuku.

 

          *Gifting Butterflies (10%), yang gemar memberi set hadiah, hamper, jambangan bunga, coklat dan juadah perayaan kepada rakan dan ahli keluarga. 

 

           *Success Seekers (8%), yang bercita-cita tinggi dan melengkapkan diri dengan buku motivasi, beg tangan kulit, minyak wangi, kasut oxford dan kancing manset.

 

Pesona-pesona lain yang ditemui dalam talian termasuk: Health Devotees, Nurturing Caretakers, Outdoor Enthusiasts dan Green Shoppers.

 

  • Memandangkan rakyat Malaysia mengutamakan alam semula jadi dan kecergasan, terdapat 4 kali lebih banyak Outdoor Enthusiasts dalam talian tahun ini yang membeli peralatan memasak perkhemahan, khemah, kerusi lipat mudah alih dan beg tidur dari Januari hingga Ogos 2022 berbanding tempoh yang sama pada 2021.

 

 

shopee

 


Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, dengan pelbagai jenama dan berjuta-juta penjual di Shopee, para pengguna boleh dapatkan semua yang mereka perlukan, dari barangan keperluan harian ke produk mewah premium.

 

“Kami berusaha untuk memahami jenis produk dan maklumat yang dicari dalam talian oleh rakyat Malaysia agar kami dapat membawakan jenama Shopee Mall dan Shopee Premium yang diperibadikan dan disyorkan dalam kategori kegemaran mereka kerana kami percaya rakyat Malaysia yang berpengetahuan akan membuat keputusan pembelian yang lebih baik,” katanya.

 

Rakyat Malaysia dalam talian mentakrifkan semula maksud ‘maklumat’ semasa mereka membeli-belah di pasaran dalam talian dengan mencari tawaran eksklusif, testimoni pembeli, kandungan yang menarik, pengesyoran dari pemberi pengaruh serta ganjaran kesetiaan yang disesuaikan dengan keutamaan khusus mereka.

 

Pembeli-pembeli dalam talian Malaysia boleh menikmati tawaran hari bertema berbeza dari jenama-jenama Shopee Mall termasuk jenama yang baru menyertai Shopee Premium seperti Bang & Olufsen, BOSE, Dyson, Le Creuset, Moët Hennessy dan Osulloc untuk kempen Shopee 10.10 Jualan Berjenama.

 

Nantikan lebih banyak maklumat daripada Shopee Malaysia sebagai sebahagian daripada cerapan "Winning Loyalty with E-commerce" yang akan dikongsi sempena kempen Shopee 10.10 Jualan Berjenama yang akan datang. – DagangNews.com

 

 
NotaAnalisis carian kata kunci ialah data Shopee dari Januari 2019-Ogos 2022