14% terima dos pertama, pemberian vaksin kini cecah 6.3 juta | DagangNews Skip to main content

14% terima dos pertama, pemberian vaksin kini cecah 6.3 juta

Suasana proses pemberian vaksinasi di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Jun - Jumlah keseluruhan pemberian vaksin di Malaysia terus meningkat kepada 6.3 juta dos setakat 22 Jun 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah kumulatif tersebut meliputi 4.5 juta pemberian dos pertama dan 1.7 juta bagi dos kedua.

 

Mengikut peratusan populasi negara, pemberian dos pertama kini mencecah 14.0% dan 5.3% bagi dos kedua.

 

.

 

Kuala Lumpur terus di hadapan sebagai penerima dos pertama yang paling tinggi iaitu 44.7% atau 792,013 dos.

 

Bagaimanapun, Kuala Lumpur mencatatkan 8.5% polupasi yang telah melengkapkan dua dos vaksin.

 

Selain Kuala Lumpur, kedudukan peratusan populasi bagi pemberian dos pertama itu turut diikuti oleh Putrajaya (31.8%), Labuan (28.7%), Sarawak (25.6%) dan Perlis (23.4%).

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih belum mencapai tahap 20% populasi bagi pemberian dos pertama.

 

.

 

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sekali lagi mencipta rekod baharu dalam jumlah pemberian vaksin harian.

 

Sebanyak 250,529 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah harian  tersebut secara tidak langsung menandingi jumlah tertinggi 235,623 dos yang pernah dicatatkan pada 21 Jun 2021.

 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 190,244 melibatkan pemberian dos pertama dan 60,285 adalah pemberian dos kedua. - DagangNews.com