140,573 dos lagi diberi semalam, jumlah kumulatif meningkat kepada 5.8 juta | DagangNews Skip to main content

140,573 dos lagi diberi semalam, jumlah kumulatif meningkat kepada 5.8 juta

Vaksinasi COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH 
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 140,573 dos vaksin COVID-19 berjaya diberikan kepada rakyat Malaysia semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam laporan harian pemberian dos vaksin berkata, jumlah berkenaan melibatkan 116,514 dos pertama dan 24,059 pemberian bagi dos kedua.

 

/

 

Pertambahan pemberian dos harian itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin negara meningkat kepada 5.8 juta setakat 20 Jun 2021.

 

Jumlah kumulatif yang dicatatkan itu terus melonjak berbanding 5.6 juta yang direkodkan pada hari sebelumnya.

 

Jumlah kumulatif terbaharu itu terdiri daripada 4.2 juta pemberian dos pertama dan 1.6 juta dos kedua.

 

.

 

JKJAV memberitahu, hingga semalam, pemberian dos pertama di negara ini mencecah 12.9% daripada populasi penduduk Malaysia.

 

Bagi pecahan mengikut negeri, Kuala Lumpur terus mencatatkan jumlah pemberian vaksin dos pertama yang tertinggi iaitu sebanyak 724,684 dan 141,094 bagi dos kedua.

 

Selain Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak turut mencatatkan jumlah pemberian vaksin dos pertama yang tinggi iaitu 642,249 dan 610,485 dos. - DagangNews.com