15 syarikat Malaysia tersenarai dalam ‘Forbes Asia's Best Under A Billion 2020’ | DagangNews Skip to main content

15 syarikat Malaysia tersenarai dalam ‘Forbes Asia's Best Under A Billion 2020’

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Sebanyak 15 syarikat Malaysia tersenarai ‘Forbes Asia's Best Under A Billion 2020’ menerusi majalah Forbes yang dikeluarkan semalam. 

‘Forbes Asia's Best Under A Billion 2020’ menyenaraikan 200 syarikat awam berdasarkan rekod hasil syarikat kurang daripada AS$1 bilion (RM4.19 bilion) dengan jualan kasar dan pendapatan bersih syarikat sentiasa konsisten. 

Senarai itu diperoleh berdasarkan data penuh tahunan sehingga 7 Julai, bagaimanapun tidak sepenuhnya merangkumi impak pandemik COVID-19 ke atas syarikat-syarikat berkenaan. 

Kesemua 200 syarikat yang tersenarai merupakan perusahaan kecil dan sederhana di rantau Asia Pasifik. 

Syarikat Malaysia yang dipilih adalah AME Elite Consortium Berhad, C-Link Squared Ltd, Frontken Corp Berhad, Johore Tin Berhad, Kossan Rubber Industries Berhad, Lii Hen Industries Berhad dan Magni-Tech Industries Berhad.

Selain itu, OpenSys (M) Bhd, Oriental Interest Berhad, Pentamaster Corp Berhad, Revenue Group Berhad, Scientex Bhd, Sunsuria Berhad, Uchi Technologies Berhad dan UWC Berhad turut tersenarai. 

Kesemua syarikat berkenaan tersenarai dalam Bursa Malaysia kecuali C-Link Squared Ltd yang tersenarai dalam Pasaran Saham Hong Kong. 

 C-Link Squared Ltd mempunyai ibu pejabat di Malaysia.

Syarikat-syarikat tersebut juga menunjukkan prestasi lebih baik berbanding syarikat lain antaranya berdasarkan kadar hutang yang rendah serta pertumbuhan jualan dan keuntungan. 

Mereka juga dipilih berdasarkan kepelbagaian geografi dengan menggunakan sistem metrik kuantitatif dan kualitatif. - DagangNews.com