22,189 penjawat awam Sabah terima 'duit raya' RM500 | DagangNews Skip to main content

22,189 penjawat awam Sabah terima 'duit raya' RM500

Sabah

KUALA LUMPUR 23 April - Seramai 22,189 penjawat awam negeri Sabah akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

 

Mengumumkan bantuan berkenaan, Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Noor berkata, bantuan berkenaan akan dibayar bersama gaji pada 7 Mei depan.

 

"Bantuan Khas Kewangan Aidiltri itu akan diberi kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah termasuk Pihak Berkuasa Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta Perkerja Sambilan Harian (PSH).

 

"Pesara kerajaan negeri pula akan menerima RM250 menerusi bantuan tersebut," jelas beliau seperti dilapor Bernama hari ini.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pemberian tersebut adalah bagi penjawat awam negeri yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mengira penat lelah, menyampaikan perkhidmatan kepada
rakyat terutamanya semasa menghadapi pandemik COVID-19.

 

Semalam, kerajaan Malaysia turut mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah.

 

Bantuan tersebut termasuk kakitangan Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP).

 

Pesara kerajaan juga turut menerima bantuan khas tersebut sebanyak RM250. - DagangNews.com