Skip to main content

3 pasukan teratas PMCC 2021 akan wakili Malaysia ke PMCC SEA

 

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Nov - 16 pasukan akan berentap pada Sabtu dan Ahad ini bagi merebut kejuaraan Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile (PMCC)  PMCC 2021 dengan tiga pasukan teratas Malaysia bagi menentang pemenang dari negara lain dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021.

 

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, PMCC 2021 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM60,000.

 

"Yoodo berbangga kerana dapat menganjurkan kejohanan ini dan membantu memperkasakan pemain muda negara dalam usaha mencapai kejayaan di persada antarabangsa.

 

"Kesemua 16 pasukan teratas akan berjuan berhabis-habisan dalam aksi final dan sebagai jenama yang komited dalam mencungkil bakat muda tempatan dalam e-sukan, kami amat berpuas hati melihat hasilnya pada hujung minggu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Antara pasukan yang akan bertanding termasuk UiTM Kijang Rusuh Reborn, TFES Nova, PMS Phantom, USAS, UiTM Baby The Murder, Sea Aerosea RVNB, Unisza MadX, UBMI Esport, KPTM 4GET, Sea Delta Acmy, UIA Bunga Esport, PTSB.X, UiTM Machangster Warriors, UiTM Plan B, UTM Reborn dan UTHM Sovers. 

 

Aksi final PUBG Mobile akan berlangsung tanpa henti pada hujung minggu ini dan akan menampilkan perlawanan istimewa Hide & Seek yang akan dsertai bintang ternama seperti Soloz, Daddyhood, Master Ramen dan Pemburu.

 

PMCC 2021 oleh Xiaomi dan Viu selain Mission Foods yang akan memberikan tiga pasukan teratas bekalan Mission Corn Strips selama setahun.

 

Aksi hujung minggu ini boleh ditonton secara langsung di platform Facebook dan YouTube Yoodo Esports.-Dagangnews.com