389 hilang kerja semalam | DagangNews Skip to main content

389 hilang kerja semalam

hilang kerja

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Seramai 389 rakyat Malaysia dilaporkan kehilangan pekerjaan semalam.

 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, jumlah yang dicatatkan dalam portal MYFutureJobs itu menjadikan jumlah keseluruhan rakyat kehilangan pekerjaan adalah sebanyak 8,723.

 

Bagaimanapun, bilangan kekosongan jawatan melalui portal tersebut mencatatkan peningkatan kepada 2,364 di seluruh negara.

 

"Antara negeri yang mencatatkan peningkatan ketara peluang pekerjaan berbanding Jumaat lepas adalah Melaka dengan sebanyak 100 jawatan kosong berbanding 8 dan Pulau Pinang dengan 366 jawatan kosong berbanding 240," jelas Perkeso.

 

.

 

Selangor muncul negeri paling tinggi menawarkan peluang pekerjaan iaitu sebanyak 930, diikuti Pulau Pinang (366), Sarawak (258), Kuala Lumpur (226) dan lain-lain negeri.

 

Hingga 2 Februari semalam, jumlah keseluruhan kekosongan jawatan adalah sebanyak 140,014.

 

"Jumlah mereka yang mendapat pekerjaan juga melonjak kepada 2,492 orang berbanding hanya 226 orang pada Jumaat lepas. 

 

"Manakala, seramai 389 orang telah kehilangan pekerjaan," tambah Perkeso lagi. - DagangNews.com