40 sukarelawan KPZ UPM tanam 500 anak pokok hutan menerusi program 'Zaaba Nurture Nature' | DagangNews Skip to main content

40 sukarelawan KPZ UPM tanam 500 anak pokok hutan menerusi program 'Zaaba Nurture Nature'

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Julai - Seramai 40 sukarelawan pelajar dari Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam sebanyak 500 anak pokok hutan di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan di sini anjuran Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

 

Program yang merupakan sebahagian daripada program ‘Zaaba Nurture Nature’ tersebut dilaksanakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia melibatkan penanaman anak pokok hutan spesis Merawan, Kandis dan Rambai. 

 

Pengetua KPZ UPM, Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias berkata, proses pemilihan spesies dijalankan dengan kerjasama antara Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan dan UPM bagi memberi manfaat kepada persekitaran ekologi dan memenuhi usaha pemuliharaan.  

 

“Spesis pokok dikenalpasti terlebih dahulu bagi menyesuaikan dengan lokasi penanaman bagi memastikan pokok dapat tumbuh dengan baik dan menjadikan jangka hayatnya lebih panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau yang merupakan pakar dalam pemulihan ekosistem perhutanan berkata, sukarelawan pelajar telah diberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan pemuliharaan hutan terutamanya hutan dari jenis tanah pamah yang terletak di Lembah Klang.

 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mat Noor pula berkata, program yang julung kali diadakan bersama sukarelawan pelajar UPM itu akan diteruskan pada masa hadapan.

 

 

upm

 

 

upm
Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias memberi taklimat kepada para sukarelawan ketika program penanaman 500 anak pokok hutan di Hutan Simpan Sungai Besi Tambahan.

 

 

upm

 

 

“Perancangan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan dalam pelaksanaan Program Tanaman 100 Juta Pokok akan mewujudkan nilai altruistik (obligasi moral terhadap orang lain) dan biosentrik (tanggungjawab individu dalam memelihara alam sekitar dan ekosistem) sehingga mendorong kepada penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha-usaha untuk memelihara hutan dan alam sekitar," katanya. - DagangNews.com