5 Cef remaja muncul juara dalam Pertandingan Memasak MAGGI® seluruh negara | DagangNews Skip to main content

5 Cef remaja muncul juara dalam Pertandingan Memasak MAGGI® seluruh negara

 

KUALA LUMPUR 8 Dis – Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 yang baru sahaja menutup tirai baru-baru ini, dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, kembali pada tahun ini dengan tema “Anda & MAGGI, Sajikan Kelainan Untuk Inspirasi Harian untuk memupuk bakat masakan di kalangan belia di Malaysia.

 

Kira-kira 1,000 pelajar beraspirasi tinggi, berusia antara 13 hingga 15 tahun, dari 350 sekolah di seluruh negara menunjukkan bukan sahaja bakat memasak mereka yang luar biasa, tetapi juga dalam membuat pilihan pemakanan menggunakan konsep 'Pinggan Sihat Malaysia' atau 'Suku-Suku Separuh' (Malaysian Healthy Plate / Quarter-Quarter Half) ke arah membina tabiat pemakanan yang lebih sihat.

 

Daripada jumlah 16 pemenang yang mewakili 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan, lima pemenang peringkat kebangsaan akhirnya dipilih sebagai juara, yang terdiri daripada:

  • Rafidah Fitri Binti Hamidzol, 15, dari SMK Syed Alwi, Perlis;
  • Muhammad Faaris Salihin Bin Mohd Firdaus, 13, dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya;
  • Nursyafiqah Binti Mohd Azmi, 14, dari SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan;
  • Yap Mei Wei, 13, dari SMJK Katholik, Selangor; dan
  • Jaymee Ong Miin Li, 15, dari SMJK Heng Ee, Pulau Pinang.

 

Lima pemenang berkongsi resipi kemenangan dan pengalaman mereka menyertai pertandingan MSSCC 2021:-

 

maggi

 

Pemenang Utama Rafidah Fitri Hamidzol berkata, “Masakan nenek saya menjadi inspirasi kepada resipi Nasi Ulam & Sate Lilit Ikan Tilapia (Mixed Herb Rice and Tilapia Wrap Satay) saya. Bersama guru saya Cikgu Fiza, kami meneroka pelbagai herba dan sayur-sayuran yang ditanam di sekitar rumah saya. untuk melengkapkan hidangan. Kami secara kreatif menggantikan pes udang (belacan) dengan Kiub Pati Ikan Bilis MAGGI® dan menggantikan tepung dengan mi segera MAGGI® serta Kiub Pati Tom Yam MAGGI®.

Rafidah turut berkongsi bahawa dengan resipi ini, dia berharap agar dapat memperkenalkan semula masakan tradisional yang sihat, berkhasiat dan mudah untuk dimasak, terutamanya kepada golongan muda Malaysia. Mengenai penyertaannya dalam pertandingan ini, Rafidah berasa sangat teruja dan berkata, “Ia adalah pengalaman menarik yang tidak akan saya lupakan!”.

 

maggi

 

Naib juara Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus pula berkongsi bahawa dia mula memasak selepas ibunya meninggal dunia. “Sebagai abang sulung, saya memikul tanggungjawab menyediakan juadah untuk ayah dan adik-beradik saya di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Resipi Udang Sos Padang (Shrimp with Padang Sauce) saya diinspirasikan oleh masakan Padang dari Indonesia yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang sihat.

 

Udang Sos Padang ini mengandungi nilai pemakanan yang tinggi kerana resipi saya menggunakan pelbagai bahan makanan sihat seperti lada benggala, tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI® dan MAGGI® CukupRasa adalah dua produk wajib yang saya gunakan di dalam hidangan saya kerana ibu saya sering menghidangkannya,” kata Faaris 

 

maggi

 

Menurut pemenang ketiga Nursyafiqah Mohd Azmi, “Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) saya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI® CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.

 

Sepanjang tempoh pertandingan ini, Nursyafiqah menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. “Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan,” katanya sambil senyum.

 

 

maggi

 

Bagi pemenang keempat Yap Mei Wei, beliau memilih Nasi Goreng Rainbow kerana ingin menghidangkan kepada keluarganya masakan yang boleh memberi mereka harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemic COVID-19 ini. “Pada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan!” jelas Mei Wei. 

 

Resipi Nasi Goreng Pelangi saya menggunakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berbeza warnanya, daging serta nasi dan kesemuanya menjadikan hidangan yang sangat seimbang! Saya mengukus dan menumis bahan-bahan makanan kerana ia adalah cara yang lebih sihat untuk menyediakannya. Ia kelihatan cantik, rasanya lazat dan membawa kegembiraan dan juga kebahagiaan!” kata Mei Wei.

 

maggi

 

Menurut Jaymee Ong Miin Li yang memenangi tempat kelima, resipi kemenangnya iaitu Pinggan Sarang Burung (Bird’s Nest Platter) melambangkan sebuah ikatan antara keluarga. “Dalam kebanyakan hidangan saya, saya juga akan menggunakan produk MAGGI® seperti Stok Ayam Pekat MAGGI® dan Sos Tiram MAGGI®, kerana ia membantu menyerlahkan rasa dalam setiap masakan. Saya gembira apabila mereka menyukai makanan saya! Saya percaya melalui pemakanan yang sihat, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.”

 

Menerusi pertandingan ini, Jaymee banyak belajar tentang pemakanan sihat yang boleh diamalkan dalam masakannya. “Masakan ibu saya merupakan inspirasi utama bagi saya dan pencetus minat masakan saya,” kaya Jaymee apabila ditanya sumber inspirasi masakannya.

 

MSSCC 2021 menandakan tahun ke-25 MAGGI® bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, berperanan sebagai platform untuk generasi muda memupuk kemahiran kulinari dan kemahiran hidup, pengetahuan dan efikasi kendiri yang kritikal ke arah pembinaan keyakinan dan pembangunan sahsiah dalam kehidupan mereka.


 

Geetha Balakrishna
Geetha Balakrishna

 


Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, mendepani realiti baharu pasca pandemik COVID-19, pihaknya mengalihkan pertandingan ini kepada platform maya sepenuhnya untuk pertama kali tahun ini, membolehkan semua pelajar mengambil bahagian tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka.

 

Menurutnya, memandangkan ramai pelajar sekolah masih berada di rumah kerana pandemik, inilah masa yang sesuai untuk mereka memupuk kemahiran memasak.

 

Katanya, pertandingan ini berterusan sebagai platform untuk bakat muda ini mempamerkan bakat terpendam mereka serta peluang perkongsian ilmu melalui pelbagai modul pendidikan oleh pakar industri.

 

Para peserta dikehendaki menghantar resipi mereka dalam format video dan dinilai berdasarkan penggunaan bahan kreatif, kemahiran memasak, persembahan dan inspirasi masakan. Empat modul pembelajaran dalam talian serba baharu melalui Google Classroom turut diperkenalkan melalui kerjasama dengan Cef selebriti dan personaliti masakan untuk menyokong kesinambungan pembelajaran semasa pandemik COVID-19.

 

Empat modul pembelajaran terdiri daripada:

  • Masakan Sihat dan Seimbang’ bersama Chef MAGGI®, Chef Sharifah Hamidah dan Pakar Pemakanan Nestlé Puan Ven Luan;
  • Pembelajaran Keselamatan dan Kebersihan Penyediaan Makanan’ bersama Chef MAGGI®, Chef Muluk;
  • 'Petua Penggayaan Makanan Profesional' bersama cef selebriti dan pengacara TV, Chef Sherson Lian; dan
  • Pembinaan Keyakinan Diri Anda’ dengan Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman.

 

 

MAGGI Chef, Chef Sharifah Hamidah
                                               MAGGI Chef, Chef Sharifah Hamidah

 

 

“Kami berharap pemenang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 ini akan menjadi contoh teladan di kalangan rakan sebaya mereka yang ingin menikmati makanan seimbang yang dimasak sendiri, sama seperti ibu bapa dan guru mereka yang menjadi contoh teladan kepada mereka,’’ kata Geetha.

 

Katanya, pertandingan ini merupakan satu perjalanan yang memberi inspirasi kepada MAGGI® dalam menyaksikan cef muda yang hebat ini mempamerkan tenaga, keyakinan, kreativiti dan kemahiran masakan mereka.

 

‘’Dengan sokongan berterusan daripada Kementerian, sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat, kami berbesar hati kerana pertandingan ini mampu terus menyokong lebih ramai anak muda Malaysia dalam mengembangkan bakat masakan mereka dan memperkayakan pengetahuan mereka dalam menyediakan hidangan yang enak dan seimbang,” tambah Geetha.

 

Kenali 5 pemenang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® dan resipi kemenangan mereka di https://www.maggi.my/en/nurturing/MAGGI-cooking-competition-2021/ - DagangNews.com