Skip to main content

5 sektor teratas penyumbang terbesar dalam KDNK

KDNK

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Sektor-sektor ekonomi memainkan peranan penting melalui sumbangan kepada pertumbuhan dan prestasi ekonomi negara.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Arthur Joseph Kurup menyenaraikan lima sektor yang memberi sumbangan terbesar kepada KDNK negara.

 

Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup 

 

 

1) Sektor perkhidmatan

  • Sektor perkhidmatan merupakan sektor terbesar yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 
  • Sumbangan sektor ini kepada keluaran dalam negera kasar (KDNK) adalah sebanyak 57.7% pada tahun 2019. 

 

 

2) Sektor pembuatan

  • Sektor pembuatan yang menyumbang sebanyak 22.3% kepada KDNK.

 

 

3) Sektor pertanian

  • Menyumbang sebanyak 7.1% kepada KDNK.

 

 

4) perlombongan dan pengkuarian

  • Menyumbang sebanyak 7.1% kepada KDNK.

 

 

5) Sektor pembinaan

  • Menyumbang sebanyak 4.7% kepada KDNK dalam tempoh yang sama. 

 

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rubiah Wang  (GPS-Kota Samarahan) di Dewan Rakyat hari ini.

 

Jawapan tersebut diberikan setelah Rubiah meminta kerajaan menyatakan  lima kedudukan sektor ekonomi berdasarkan ranking yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta apakah sektor yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19.

 

 Rubiah Wang
 Rubiah Wang  

 

Mengulas berkaitan sektor yang memberi sumbangan terbesar semasa wabak COVID-19, beliau memberitahu, sektor pembuatan dan pertanian merupakan antara penyumbang utama dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara semasa COVID-19.

 

Dalam jawapan yang sama, beliau turut menggariskan empat indikator terkini yang menunjukkan prestasi ekonomi lebih baik.

 

Prestasi Indeks Pengeluaran Sektor Pembuatan telah meningkat sebanyak 2.1% pada bulan September 2020 berbanding dengan penguncupan 2.1% pada bulan Ogos 2020.

 

Nilai jualan sektor pembuatan juga telah mencatat peningkatan sebanyak 3.7% pada bulan September kepada RM121.2 bilion

 

Harga minyak sawit mentah pula telah kembali mencecah paras melebihi RM3,000 per tan pada bulan November 2020, iaitu RM3,422 per tan berbanding paras terendah sebanyak RM2,074 per tan pada bulan Mei 2020

 

Harga getah SMR20 meningkat ke paras tertinggi kepada RM6.33 sekilogram pada bulan November 2020 berbanding RM4.73 sekilogram, iaitu paras harga terendah pada bulan April 2020. 

 

Tambah beliau lagi, ekonomi negara juga dijangka kembali pulih pada 2021 dengan anggaran pertumbuhan antara 6.5% hingga 7.5%.

 

Jangkaan yang dibuat Kementerian Kewangan itu adalah seiring dengan unjuran pertumbuhan oleh Tabung Kewangan Dunia (IMF), iaitu sebanyak 7.8% dan Bank Dunia sebanyak 6.3% pada tahun hadapan. - DagangNews.com