Skip to main content

99.7% premis perniagaan patuh SOP PKP

Premis perniagaan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tahap pematuhan terhadap Prosedur Pengoperasian Standard (SOP) PKP dalam kalangan pemain industri pengedaran dan peruncitan adalah tinggi.

 

Pengarah Penguat Kuasa, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, 99.7% daripada premis perniagaan yang diperiksa berjaya menunjukkan pematuhan terhadap SOP PKP.

 

"Sehingga kini sejumlah 51,012 premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah diperiksa.

 

"Keberadaan Pegawai Penguat Kuasa menjalankan pemeriksaan pematuhan SOP PKP mendapati sejumlah 50,850 premis atau 99.7% PATUH SOP PKP. 

 

"Hanya 115 premis atau 0.225% diberikan nasihat untuk menambah baik pematuhan SOP PKP dalam premis mereka," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Hasil pemeriksaan tersebut juga mendapati, hanya 32 premis atau 0.062%  telah diberi amaran untuk mengambil tindakan segera menambah baik pematuhan SOP PKP.

 

Premis yang telah menerima amaran boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.00 jika didapati tiada sebarang penambahbaikan dibuat selepas menerima amaran.

 

Bagaimanapun, 15 premis atau 0.029% yang gagal  mematuhi SOP PKP dan dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,000.

 

Hingga kini,  KPDNHEP telah mengeluarkan kelulusan beroperasi semasa PKP kepada 46,921 perniagaan berdasarkan kepada senarai kategori perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh PKP di bawah SOP Am PKP di seluruh Malaysia.

 

 

Berikut adalah kategori-kategori perniagaan terlibat;

  • Kompleks membeli-belah
  • Pasaraya/ pasaraya besar
  • Departmental Store
  • Specialty Store
  • Farmasi/ penjagaan diri
  • Kedai serbaneka/ mini mart
  • Dobi
  • Restoran
  • Kedai perabot
  • Kedai barang kemas
  • Kedai cermin mata dan barang optik
  • Kedai elektrik dan elektronik
  • Kedai buku & alat tulis
  • Kedai hardware
  • Kedai peralatan sembahyang dan pengebumian
  • Kedai penjagaan haiwan/ makanan haiwan
  • Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  • Pusat pengedaran dan jualan kereta
  • Other speciality retail stores: Stesen minyak 
  • Premis jualan langsung. - DagangNews.com