Jangan mengambil risiko buat hibah secara semberono | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 20 Nov 2024 08:30 AM

JANGAN MENGAMBIL RISIKO BUAT HIBAH SECARA SEMBERONO

 

 

DALAM penulisan saya sebelum ini (saya tidak ingat artikel yang ke berapa kerana sudah ratusan artikel saya tulis di kolum ini), saya pernah menyentuh tentang kepentingan perkembangan undang-undang semasa diambilkira di dalam kita membuat dokumen hibah.

 

Hujah saya ialah jika terdapat perkembangan semasa ke atas undang-undang, ia akan memberi kesan terhadap dokumen hibah kita. Oleh itu saya menasihatkan supaya masyarakat yang ingin membuat hibah untuk bertindak melalui organisasi yang cakna dengan perkembangan undang-undang ini.

 

Wasiyyah Shoppe Berhad bertuah kerana ada dalam kalangan Panel Syariah kami diiktiraf sebagai pakar di dalam hukum syarak dan undang-undang Syariah berkaitan hibah. Input dan buah fikiran mereka sentiasa diperlukan oleh pihak berkuasa di dalam pengenalan undang-undang terbaru.

 

Minggu lepas saya dimaklumkan oleh seorang sahabat tentang satu warta Kerajaan Persekutuan iaitu Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Hibah) 2024.

 

Warta ini dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Undang-undang ini diperkenalkan untuk menjadi garis panduan kepada pelaksanaan Hibah.
 

wasiyyah

 

 

Apabila saya menerima berita ini, saya sujud syukur. Saya juga pernah terlibat dengan usaha-usaha pengenalan undang-undang baru di Malaysia ketika era pra-COVID 19 dan dipanggil oleh Jabatan Peguam Negara bagi sesi perbincangan.

 

Namun selepas era COVID-19 saya tidak berkesempatan lagi untuk menyertai sesi ini kerana kekangan jadual tugasan yang semakin ketat.

 

Saya difahamkan ramai rakan di dalam industri terutamanya dalam kalangan ahli akademik yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang fiqh mawarith masih meneruskan usaha pembangunan undang-undang ini.

 

Walaupun hala tuju usaha itu telah berubah beberapa kali kerana situasi semasa namun apa yang pentingnya ialah hasilnya.

 

Hari ini, Kaedah-kaedah Pentadbiran yang berkaitan dengan hibah akhirnya telah diwartakan dan secara rasminya akan dioperasikan pada tahun 2024 ini.

 

Saya membaca dengan penuh teliti setiap perkara di dalam Kaedah ini dan Alhamdulillah, 99% daripadanya menepati spesifikasi dan SOP produk Hibah yang diperkenalkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad kepada masyarakat.

 

Malah lebih menarik lagi kaedah ini juga memperincikan bahawa pemberi atau penerima hibah selain daripada individu, juga boleh terdiri daripada firma, syarikat, pertubuhan, persatuan atau Kumpulan orang (Seksyen 4 dan Seksyen 5).

 

Ini satu perkembangan yang menarik kerana sebelum ini ditafsirkan bahawa hanya individu sahaja yang boleh menjadi pemberi hibah. Saya melihat keterbukaan pihak berkuasa ini sebagai satu perkembangan positif kepada industri.

 

Saya dimaklumkan juga bahawa kemungkinan terdapat negeri-negeri lain yang juga akan mengadaptasi undang-undang di Wilayah Persekutuan ini sebagai undang-undang di peringkat negeri.

 

Jika ini benar-benar berlaku pada masa akan datang, saya akan sangat bersyukur kerana ia bermakna produk Hibah Wasiyyah Shoppe Berhad juga akan berkuatkuasa di negeri-negeri berkenaan.

 

 

AG
Perbincangan Wasiyyah Shoppe dengan Jabatan Peguam Negara

 

 

Perjalanan ini mendaulatkan Hibah di Malaysia sebagai instrumen perancangan harta Islam ini memang panjang dan penuh berliku terutamanya kepada saya dan Wasiyyah Shoppe Berhad yang mempelopori bidang ini semenjak 2004.

 

Tidak sedikit pengorbanan yang telah dilalui semenjak 20 tahun yang lepas. Namun jika ada orang yang bertanya saya, adakah usaha ini berbaloi? Jawapan tuntas saya ialah sangat berbaloi duniawi dan ukhrawi.

 

Ramai yang berfikir senang saja nak buat hibah. Cukup sekadar membuat dokumen yang ada ijab qabul dan saksi. Kepada mereka senang sahaja nak buat hibah  dan sesiapapun boleh membuatnya.

 

Maka ramailah pihak yang mengaku ‘pakar’ menawarkan perkhidmatan penyediaan hibah untuk masyarakat.

 

Mereka membuat dokumen ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman peribadi yang terhad.

 

Namun atas kapasiti mereka sebagai individu atau syarikat berstatus sdn bhd yang dari sudut perundangan tiada unsur ‘perpetuity’, mereka tidak akan berada di situ dalam jangka panjang untuk membantu masyarakat yang telah membuat hibah bersama mereka jika terdapat perubahan undang-undang atau tafsiran undang-undang.

 

Apa yang masyarakat tidak tahu ialah undang-undang sentiasa berubah seperti pengenalan kaedah ini. Tidak cukup dengan itu, tafsiran undang-undang yang berbeza oleh hakim-hakim juga memungkinkan usaha pengesahan dokumen hibah akan menjadi lebih mencabar.

 

Jika dokumen hibah ini dibuat oleh individu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman peribadi sahaja, risiko dokumen hibah itu tidak disahkan pada masa hadapan tentunya sangat tinggi.

 

Atas sebab itulah Wasiyyah Shoppe Berhad menghabiskan masa dan tenaga yang cukup banyak serta jumlah wang yang signifikan semenjak 2004 lagi di dalam gerak kerja keilmuan seperti penyelidikan, bengkel dan muzakarah.

 

Segala bentuk perkhidmatan yang ingin kami perkenalkan kepada masyarakat memerlukan hujah ilmiah mantap dan ia hanya boleh dicapai melalui proses keilmuan yang ketat.

 

Sebagai syarikat amanah yang terikat kepada Seksyen 33 Akta Syarikat Amanah, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua amanah yang diberikan pelanggan ditunaikan sepenuhnya tanpa kompromi.

 

 

wasiyyah

 

 

Sekiranya ada pengenalan undang-undang baru atau tafsiran baru, Wasiyyah Shoppe Berhad bertanggungjawab untuk membantu pelanggan kami membuat apa-apa modifikasi yang perlu mengikut kesesuaian semasa. Itulah yang telah kami lakukan semenjak 20 tahun yang lepas!

 

Analoginya ialah anda memiliki kereta dan kereta anda rosak. Anda mungkin berfikir bahawa mana-mana orang sahaja (termasuk yang tidak mempunyai kemahiran dan pensijilan teknikal mekanikal) boleh membaiki kereta anda.

 

Jadi anda bertanyalah siapa kawan-kawan yang mungkin boleh membantu. Dalam fikiran anda, mungkin menggunakan perkhidmatan kawan-kawan ini lebih menjimatkan kos. Tidak perlu anda ke bengkel kereta profesional kerana pada anda kosnya mahal!

 

Risiko yang anda ambil jika kawan ini sekadar ‘agak-agak’ pandai dan bukannya pakar sebenar yang memang berpengalaman, berkemahiran tinggi dan berkelayakan profesional di dalam bidang mekanikal kereta, adalah sangat besar.

 

Jika dia yang membaiki kereta anda, kereta anda mungkin akan bertambah rosak atau lebih teruk lagi mungkin berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian kepada ahli keluarga anda sendiri. Adakah ini risiko yang anda ingin ambil?

 

 

wasiyyah

 

 

Adakah anda ingin mengambil risiko membuat dokumen perancangan harta seperti hibah yang kemudiannya tidak dapat berkuatkuasa kerana perubahan undang-undang? Saya secara isitqomah telah menyampaikan mesej ini namun masih ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak faham.

 

Kepada masyarakat yang tidak faham atau telah diberi kefahaman yang silap, hibah hanyalah sekadar satu dokumen bertulis semata-mata dan selepas ia ditandatangani, maka selesailah semua urusan.

 

Masyarakat tidak faham bahawa dokumen hibah ini perlu melalui proses perundangan di Mahkamah Syariah dan sekiranya ada perubahan undang-undang atau perubahan tafsiran undang-undang, segala penat lelah mereka membuat hibah itu tidak akan mencapai maksudnya.

 

Adakah anda bersedia berdepan dengan risiko ini? Jika anda mahukan hasrat pembahagian harta seperti di dalam dokumen hibah anda tercapai, maka buatlah ia di Wasiyyah Shoppe Berhad.    

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd

 

 

dagangnews