Program APEL.Q disebut di dalam Belanjawan 2025 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Iktisad - 22 Oct 2024 07:00 AM

Program APEL.Q disebut di dalam Belanjawan 2025

 

 

DALAM ucapan Belanjawan Madani Ketiga Tahun 2025 oleh Yab Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 ada menyebut insentif berkaitan Program APEL.Q.

 

Sejajar dengan dasar pembelajaran sepanjang hayat, Kerajaan telah memperkenalkan Program APEL.Q di bawah kendalian INTAN.

 

Di bawah program ini, Kerajaan akan menanggung kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum 15 ribu ringgit kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 

Program APEL.Q atau Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualifications merupakan satu inisiatif yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi membolehkan individu memperoleh kelayakan akademik berdasarkan pengalaman kerja dan pembelajaran tidak formal yang dimiliki.

 

 

iktisad
Datuk Seri Ng Thien Phing Pengerusi Eksekutif, SkyWorld Development Group bersama penulis ketika sesi taklimat Program APEL.Q di pejabat beliau

 

APEL.Q membolehkan calon yang layak untuk mendapatkan kelayakan doktor falsafah (PhD) melalui penilaian sistematik terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kerjaya mereka.

 

Ini amat sesuai bagi pegawai kerajaan yang telah berkhidmat lebih dari 25 tahun dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang tugas mereka.

 

Kepentingan program APEL.Q kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat lebih 25 tahun terletak pada pengiktirafan pengalaman praktikal dan pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang perkhidmatan.

 

Pengalaman yang meluas ini, jika dinilai dengan betul, boleh menyamai pembelajaran formal yang diajar di universiti.

 

 

iktisad
Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak, CEO IIUM Holdings

 

 

Melalui APEL.Q, pegawai kerajaan boleh memperkukuh kemahiran mereka dengan memperoleh kelayakan akademik yang setara tanpa perlu melalui proses pengajian tradisional yang mengambil masa bertahun-tahun.

 

Ini memberikan peluang kepada mereka untuk diiktiraf secara rasmi sebagai seorang profesional yang kompeten dalam bidang mereka, sekali gus meningkatkan profil kerjaya serta peluang kenaikan pangkat.

 

Pegawai kerajaan yang berjaya dalam APEL.Q ini berpeluang menyumbang kepada dunia akademik dengan cara yang signifikan.

 

Dengan pengalaman mereka yang luas, mereka boleh menjadi felo adjung, professor adjung, pensyarah sambilan atau pembimbing kepada pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi, terutamanya di bawah kerjasama dengan institut seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

 

 

parafrasa

 

 

Melalui pengalaman praktikal yang mereka miliki, para pegawai ini mampu memberikan input yang lebih realistik dan terkini, yang membolehkan pelajar memahami aplikasi teori dalam dunia sebenar. Ini akan memperkayakan pengajaran dan pembelajaran serta membantu pelajar lebih bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang penuh cabaran.

 

Di samping itu, sumbangan pegawai kerajaan kepada dunia akademik melalui APEL.Q juga akan merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri. Dalam konteks perkhidmatan awam, pegawai kerajaan yang berpengalaman boleh berkongsi amalan terbaik dan cabaran yang dihadapi dalam sektor awam kepada pelajar, sekaligus memberi pandangan yang lebih seimbang dan praktikal tentang cabaran sebenar dalam pentadbiran negara.

 

Ini akan memberi manfaat kepada pelajar yang mungkin hanya memperoleh pandangan secara teori dalam bilik kuliah. Hubungan antara dunia industri dan akademik ini akan menghasilkan graduan yang lebih berkualiti dan bersedia untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

 

 

iktisad
Timbalan Dekan Akademik, Prof. Dr. Fauziah Sh Ahmad bersama penulis ketika taklimat

 

 

Pegawai kerajaan yang berjaya menamatkan program APEL.Q dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) akan diiktiraf sebagai qualified researcher dengan gelaran Dr.

 

Ini bukan sahaja meningkatkan status profesional mereka, malah membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perkhidmatan awam.

 

Sebagai penyelidik yang diiktiraf, mereka boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan melalui kajian empirikal yang mereka jalankan, yang seterusnya akan menyumbang kepada pembaharuan polisi dan amalan dalam perkhidmatan awam.

 

 

iktisad

 

 

Bagi penulis, Program APEL.Q adalah peluang emas bagi pegawai kerajaan yang ingin mengiktiraf pengalaman kerja mereka secara akademik.

 

Jika mereka telah berkhidmat lebih dari 25 tahun dan mempunyai pengalaman serta kemahiran yang mendalam dalam bidang perniagaan, kepimpinan, pengurusan serta keusahawanan, Azman Hashim International Business School (AHIBS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan platform yang sempurna untuk mendapatkan Doctorate Degree melalui APEL.Q.

 

UTM telah mendapat kelulusan daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) pada Februari 2024 untuk menjalankan program ini. Dengan pengetahuan luas dan amalan terbaik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, UTM komited membantu pegawai kerajaan mencapai gelaran Dr. yang diidamkan.

 

 

iktisad
CT Choo (peguam), Lucy (peguam) dan Tommy (CEO, ICT Zone Ventures)

 

 

Kenapa memilih AHIBS, UTM? Sebagai salah satu fakulti perniagaan terkemuka di Malaysia, AHIBS menawarkan pendekatan pembelajaran yang holistik dan praktikal.

 

Pegawai kerajaan akan dibimbing oleh barisan tenaga pengajar yang terdiri daripada pakar dalam bidang perniagaan, pengurusan, dan kewangan Islam, yang juga memahami selok-belok pengurusan sektor awam.

 

Dengan pengalaman pegawai kerajaan selama bertahun-tahun dalam kerajaan, APEL.Q ini membolehkan mereka menggabungkan pengalaman kerja dengan kelayakan akademik dalam masa yang lebih singkat berbanding program pengajian tradisional.

 

AHIBS memahami nilai pengalaman dan membantu mereka menterjemahkannya menjadi kelayakan yang diiktiraf.

 

 

iktisad
Brad Harnain Shafiai semasa taklimat di UTM

 

 

Batch pertama APEL.Q di AHIBS UTM akan bermula pada Oktober ini dengan penyertaan seramai 20 pelajar yang telah dipilih.

 

Sesiapa sahaja boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan elit ini yang mendapat manfaat penuh daripada program APEL.Q yang direka khas untuk memenuhi keperluan pegawai kerajaan.

 

Bukan sahaja berpeluang mendapatkan Doctorate Degree, tetapi juga dijamin mendapat akses kepada pelbagai sumber, rangkaian profesional, dan sokongan akademik sepanjang tempoh pengajian.

 

Program ini juga fleksibel dan disesuaikan untuk memastikan para pegawai dapat terus berkhidmat sambil melanjutkan pengajian.

 

 

iktisad
Haji Ariffin Sabirin dan Haji Abdul Aziz Mohd Nor (pakar-pakar kewangan Islam)

 

 

Program ini akan memberi impak besar bukan sahaja kepada kerjaya, tetapi juga kepada sumbangan para pegawai kepada sektor awam. Dengan kelayakan PhD melalui APEL.Q, mereka akan diiktiraf sebagai seorang qualified researcher yang berkemampuan untuk menjalankan kajian dan membuat inovasi dalam bidang yang mereka suka.

 

Ini adalah satu langkah besar untuk meningkatkan profil kerjaya mereka dan menjadikan mereka lebih berdaya saing untuk jawatan lebih tinggi atau kepimpinan dalam perkhidmatan awam. Selain itu, dengan sokongan dan bimbingan daripada AHIBS UTM, mereka akan lebih bersedia untuk mengambil peranan penting dalam mencorakkan masa depan perkhidmatan awam.

 

Dengan insentif belanjawan ini, penulis menyeru dan percaya kini adalah masa terbaik untuk bertindak. Peluang seperti ini jarang berlaku, dan UTM dengan kelulusan MQA bersedia menjadi institusi pilihan untuk membawa para pegawai kerajaan untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional. Jangan lepaskan peluang ini.

 

Daftar sekarang melalui MQA untuk APEL.Q dan pilih Azman Hashim International Business School, UTM, dan jadikan pengalaman kerja kita semua diiktiraf di peringkat tertinggi. - DagangNews.com

 
Dr Razli Ramli adalah Ketua Strategi dan Pengurusan Risiko yang juga Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) UTM dan juga Felo Adjung Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di UIAM


utm

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL IKTISAD

 

dagangnews