Pesta beli-belah dalam talian tanpa kawalan: Adakah berkesan? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 11 Oct 2024 08:00 AM

Pesta Beli-belah Dalam Talian Tanpa Kawalan: Adakah Berkesan?

 

 

PADA masa ini banyak operator pembelian atas talian giat menjalankan pesta jualan murah atas talian seperti yang mengikut tarikh contohnya 8.8, 10.10.

 

Ada juga yang membuat pesta jualan murah atas talian mengikut tarikh gaji seperti “Pay Day” offer. Tidak ketinggalan juga yang menjalankan pest abelian atas talian bertema, contohnya 11.11 yang dikatakan sebagai “Single Day Promo”.

 

 

wasiyyah

 

 

Kajian pengguna yang dijalankan pada 2022, mendedahkan bahawa sebilangan besar pembeli (73%) menganggap membeli-belah dalam talian tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian. Selain itu, 67% pembeli masih menantikan kempen mega, termasuk festival beli-belah tarikh berkembar.

 

Sementara itu, kajian pada tahun 2023 menunjukkan bahawa 91% orang telah membeli-belah  dalam talian  semasa festival beli-belah tarikh berkembar. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 5 daripada 10 orang berkata mereka pasti akan membeli-belah semasa kempen.

 

Mana tidaknya, pelbagai promosi dan tawaran ditawarkan oleh banyak  jenama  dan penjual di platfom digital, ditambah sokongan daripada platform e-dagang, termasuk pelbagai  baucar  dan tawaran penghantaran percuma, memberikan pelanggan peluang untuk mendapatkan barangan impian mereka pada harga terbaik.

 

Perkhidmatan dan amalan operasi terbaik pasti akan membawa kepada kepuasan pelanggan, pembelian berulang, ulasan positif , dan akhirnya, kepercayaan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk,  jenama atau kedai jualan.

 

Apakah yang perlu pemilik jenama lakukan sebagai persediaan, semasa dan selepas pesta beli-belah dalam talian berakhir untuk benar-benar berkesan?

 

Pastikan anda sudah bersedia sebelum musim perayaan beli-belah dalam talian

Perancangan jumlah bekalan yang mencukupi dan strategi pengoptimuman produk utama adalah perkara mutlak yang penjual perlu lakukan. Manfaatkan  papan pemuka inventori di pusat jualan untuk  pengurusan stok semasa yang terkini dan untuk mendapatkan data anggaran permintaan untuk barangan terlibat.

 

Selepas memastikan penampilan kedai atas talian dan produk dapat menarik pelanggan, rancang untuk menggunakan ciri promosi berbayar untuk membantu mempromosikan produk dengan lebih agresif. Paling penting, tentukan strategi harga yang betul, yang boleh menarik pembeli tetapi masih mengekalkan keuntungan.

 

 

parafrasa

 

 

Memastikan perkhidmatan dan operasi yang unggul semasa festival beli-belah dalam talian

 

Optimumkan penggunaan ciri untuk data masa nyata dan cerapan

Analisis perniagaan di pusat jualan perlu menyediakan data dan analisis prestasi kedai digital dan produk semasa perayaan secara terkini, supaya penjual boleh menukar strategi jualan dengan segera, jika perlu.

 

Pemenuhan pesanan dengan cekap menggunakan perkhidmatan logistik yang dipercayai 

Pilih perkhidmatan logistik yang boleh membantu mengikut keperluan syarikat. Logistik yang menyediakan perkhidmatan penghantaran perlulah syarikat logistik yang komprehensif, yang turut disokong oleh banyak rakan logistik tempatan yang lain untuk penuhi permintaan dan penghantaran pakej yang tepat pada masanya dan boleh dipercayai.

 

Menjalankan strategi promosi dan pemasaran yang berkesan 

Menggunakan media sosial dan platform komunikasi milik kedai yang lain boleh menjadi saluran promosi tambahan untuk kempen e-dagang syarikat. Pemilik jenama boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pempengaruh untuk membantu mempromosikan syarikat dan menjual produk.

 

Menyertai program promosi dan memaksimumkan penggunaan ciri yang boleh membantu memacu jualan

Syarikat yang terlibat perlu menyediakan ciri seperti  baucar, jualan kilat ,  penstriman langsung dan ciri gamifikasi seperti yang boleh menggalakkan pelanggan membeli-belah.

 

Tingkatkan pengalaman pelanggan

Kepercayaan dan kesetiaan pelanggan berpunca daripada kepuasan terhadap perkhidmatan yang boleh mengakibatkan pembelian berulang dan ulasan produk dan kedai yang positif.

 

Membalas  sembang  pelanggan dengan pantas telah terbukti meningkatkan pembelian sehingga 30%. Menghantar mesej 'terima kasih' dan menyediakan  baucar untuk pembelian masa hadapan juga boleh menjadi langkah penting untuk memastikan kepuasan dan juga meningkatkan potensi pembelian berulang.

 

 

hikayat

 

 

Selesai satu festival beli-belah atas talian bermakna permulaan persediaan untuk festival beli-belah seterusnya. Penjual digalakkan untuk segera menganalisis prestasi lepas dan membina strategi pemasaran seterusnya.

 

Platform e-dagang, sememangnya perlu menawarkan pelbagai peluang semasa  festival beli-belah dalam talian , tetapi  jenama  dan penjual  perlu menguasai strategi pemasaran yang disasarkan untuk mencapai kejayaan.

 

Bagi membina  perniagaan yang kukuh dalam talian  adalah pekerjaan yang memerlukan banyak perhatian, penelitian dan sokongan, terutama bagi penjual baharu dalam dunia e-dagang.

 

Ini adalah supaya jenama dan penjual dapat memaksimumkan peluang yang ditawarkan semasa festival beli-belah dalam talian.

 

Syarikat perlu terus berinovasi dan membuat penambahbaikan berterusan dalam setiap program dan ciri. Akhirnya selamat menyambut pesta jualan atas talian 11.11 atau, “single day sales”. - DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews