Terkini | DagangNews Skip to main content

Sunview, Alliance Islamic Bank meterai perjanjian taja jamin bagi penyenaraian ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 1 Sept - Sunview Group Berhad hari ini memeterai perjanjian taja jamin bersama Alliance Islamic Bank Berhad bersempena dengan pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

 

KPMG raih Anugerah Firma Penentuan Harga Pemindahan Malaysia Terbaik di ITR Asia-Pasifik 2022

KUALA LUMPUR 1 ​​Sept – Firma audit, KPMG dinobatkan sebagai Firma Penentuan Harga Pemindahan Malaysia Terbaik di Anugerah Cukai Antarabangsa Kajian Cukai (ITR) Asia-Pasifik 2022.

 

Lazada jangka pengguna e-dagang di Asia Tenggara cecah 413 juta menjelang 2025

SINGAPURA 1 Sept - Lazada Group menjangkakan kadar penembusan e-dagang di Asia Tenggara termasuk Malaysia dijangka mencecah 63% daripada keseluruhan penduduk di rantau ini kepada 413 juta pengguna dalam tempoh tiga tahun lagi berbanding 53% ketika ini.

 

Pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah disediakan bas percuma ke Stadium Darul Aman

ALOR SETAR 1 Sept - Perkhidmatan bas shuttle percuma MARA Liner akan disediakan kepada pengunjung sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman di sini pada 2 hingga 4 Sept ini.

 

Rosmah dihukum penjara 30 tahun, denda RM970 juta setelah didapati bersalah kes rasuah solar

KUALA LUMPUR 1 Sept - Datin Seri Rosmah Mansor telah dijatuhi hukuman denda RM970 juta bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kes rasuah kuasa solar RM1.25 bilion dan penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak.

 

PM tinjau lokasi tragedi banjir puing di Baling

BALING 1 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa meninjau lokasi banjir puing di Kampung Iboi, Mukim Kupang di sini. 

 

Kenaikan 2 kali OPR tak jejas orang ramai terus buat pinjaman

KUALA LUMPUR 1 Sept - Pertumbuhan pinjaman terus meningkat kepada 5.9% pada Julai 2022 di sebalik dua kali kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) setakat tahun ini.

 

Zurich, PLUS bekerjasama perkenal Z-ProMiles Takaful kepada ahli PLUSMiles

KUALA LUMPUR 1 Sept - Zurich Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama bagi memperkenalkan Z-ProMiles Takaful kepada ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) sebagai usaha memperluaskan perlindungan mobiliti jalan raya kepada pelanggan.

 

Rosmah didapati bersalah ketiga-tiga pertuduhan rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion

KUALA LUMPUR 1 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

 

Unitrade rekod untung bersih RM10.1 juta bagi 1QFY23

KUALA LUMPUR 1 Sept - Unitrade Industries Berhad merekodkan untung bersih sebanyak RM10.1 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2022 (1QFY23).

 

Pada masa sama, kumpulan itu merekodkan hasil sebanyak RM342.5 juta bagi suku berkenaan.

 

Subscribe to Terkini