Terkini | DagangNews Skip to main content

MSM gesa kerajaan umum segera keputusan mengenai harga gula

KUALA LUMPUR 7 Dis - MSM Malaysia Holdings Bhd mengulangi gesaannya supaya harga siling gula dinaikkan dan ia yakin akan mendapat maklum balas daripada kerajaan tidak lama lagi.

 

Syarikat konsesi UiTM masih ada baki kontrak kerja penyelenggaraan selama 11 tahun - Crest Builder

KUALA LUMPUR 6 Dis - UniTapah Sdn Bhd, di mana Crest Builder Holdings Bhd membeli baki 49% pegangan pada harga RM43.61 juta, mempunyai baki 11 tahun kontrak kerja penyelenggaraan untuk kampus UiTM di Tapah, Perak.

 

Gamuda raih kontrak RM1.77 bilion bina stesen MRT West Coast di Singapura

KUALA LUMPUR 6 Dis - Gamuda Berhad telah menerima kontrak untuk membina stesen transit aliran massa (MRT) West Coast daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) bernilai S$509.57 juta (RM1.77 bilion).

 

Malaysia tarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion pada Januari hingga September 2023, catat peningkatan 6.6% - MIDA

KUALA LUMPUR 6 Dis - Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM225 bilion dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama dalam tempoh Januari-September 2023, meningkat 6.6% daripada pelaburan RM211 bilion yang diluluskan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Tropicana cadang lupus W Kuala Lumpur berharga RM270 juta kepada IOI PFCC, Flora Development

KUALA LUMPUR 6 Dis - Tropicana Corporation Berhad menerusi Tropicanan Residences Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersama IOI PFCC Hotel Sdn. Bhd. dan Flora Development Sdn. Bhd. bagi pelupusan hotel W Kuala Lumpur berharga RM270 juta.

 

HeiTech Padu peroleh kontrak RM37 juta pasang sistem HIS@KKM di Hospital Sultan Ismail

KUALA LUMPUR 6 Dis - HeiTech Padu Berhad telah menerima kontrak bernilai RM37 juta daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memasang sistem maklumat hospital, HIS@KKM di Hospital Sultan Ismail.

 

Nazir Razak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang

KUALA LUMPUR 6 Dis - Bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Bhd, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN).

 

Malaysia rekod pelaburan diluluskan RM225 bilion bagi sembilan bulan 2023, tertinggi dalam tempoh 10 tahun

KUALA LUMPUR 6 Dis - Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan RM225 bilion dalam tempoh sembilan bulan 2023, pencapaian tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

 

MyEG Lodging labur RM108 juta bangunkan projek perumahan pekerja asing di Batu Kawan

KUALA LUMPUR 6 Dis - MyEG Lodging (NC) Sdn Bhd, anak syarikat MyEG Services Bhd, akan melabur RM108 juta untuk memulakan kerja-kerja pembinaan perumahan pekerja asing dan fasiliti berkaitan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

 

Ford Penampang anjur perhimpunan terbesar untuk pemilik Ranger Borneo

KUALA LUMPUR 6 Dis - Bagi meraikan hubungan erat dan perkongsian minat yang sama terhadap gaya hidup aktif dan mencabar bersama Ford Ranger, Ford Penampang (Rightpower Corporation) menganjurkan Perhimpunan Mega TT ke-7 2023 dengan kerjasama Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Borneo

Subscribe to Terkini