Terkini | DagangNews Skip to main content

Pentamaster catat untung bersih RM89 juta pada FY23 didorong pendapatan segmen peralatan ujian automatik

KUALA LUMPUR 22 Feb - Pentamaster Corporation Berhad mencatat untung bersih RM89 juta dalam tahun kewangan 2023 (FY23), meningkat 8% daripada RM82 juta tahun sebelumnya.

 

Kemelesetan kitaran pasaran semikonduktor, hasil Globaltec Formation susut kepada RM47.8 juta pada 2QFY24

KUALA LUMPUR 22 Feb - Hasil Globaltec Formation Berhad bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2023 (2QFY24) susut RM8.5 juta kepada RM47.8 juta berbanding RM56.3 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabkan sumbangan lebih rendah dalam segmen perkhidmatan pembuatan bersepadu (IM

Delivery Hero tamatkan perbincangan penjualan Foodpanda di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR 22 Feb - Delivery Hero telah menamatkan perbincangan untuk menjual perniagaan Foodpanda bagi pasaran Asia Tenggara terpilih.

 

Untung bersih Sime Darby Plantation merosot 64% kepada RM200 juta pada 4QFY23

KUALA LUMPUR 22 Feb - Keuntungan bersih Sime Darby Plantation Berhad (SDP) bagi suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) merosot 64% kepada RM200 juta berbanding RM562 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia dipilih menerajui 30% Club, lebih suku lembaga pengarah PLC kini adalah wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb - 30% Club Malaysia mengumumkan pelantikan Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia, Nurul A'in Abdul Latif sebagai Pengerusi baharunya.

 

Untung bersih E&O meningkat 14% kepada RM34.4 juta pada 3QFY24

KUALA LUMPUR 22 Feb - Eastern & Oriental Berhad (E&O) mencatat keuntungan bersih RM34.4 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24), 14% lebih tinggi daripada RM30 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Sumbangan rendah segmen sewa beli, perabot jadi punca utama untung bersih Elk-Desa susut kepada RM9.6 juta pada 3QFY24

KUALA LUMPUR 22 Feb - Sumbangan lebih rendah daripada segmen sewa beli dan perabot menjadi punca utama untung bersih Elk-Desa Resources Bhd susut kepada RM9.6 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2023 (3QFY24) berbanding RM11.1 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

SME Bank bimbing 11 PKS Malaysia teroka peluang eksport di Gulfood Dubai 2024

KUALA LUMPUR 22 Feb - SME Bank membimbing 11 buah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk meneroka peluang eksport di Gulfood Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu ini.  

 

Untung bersih Maxis jatuh 76% pada 4QFY23 ekoran pembayaran cukai taksiran, penalti RM73 juta

KUALA LUMPUR 22 Feb - Keuntungan bersih Maxis jatuh 76% kepada RM56 juta pada suku keempat tahun kewangan 2023 (4QFY23) berbanding RM233 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Axiata lapor kerugian RM1.99 bilion pada FY23 di sebalik peningkatan pendapatan 9.9%

KUALA LUMPUR 22 Feb - Axiata Group Berhad mencatatkan kerugian berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023 (FY23) berbanding keuntungan bersih RM9.75 bilion pada FY2022.

 

Subscribe to Terkini