Terkini | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat sedikit kepada AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024

KUALA LUMPUR 5 April - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024 berbanding AS$113.4 bilion pada 15 Mac lalu.

 

Berapa kos sebenar kerajaan 'bail out' projek LCS bermasalah?

USAHA untuk menyelamatkan projek kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM memasuki fasa seterusnya apabila kerajaan ditawarkan membeli saham projek tersebut.

 

AmanahRaya, SPNB jalin kerjasama tawar pemilik Rumah Mesra Rakyat produk hibah, wasiat

KUALA LUMPUR 5 April - Pemilik Rumah Mesra Rakyat akan secara automatik ditawarkan produk-produk terpilih Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) sebagai Perancangan Pewarisan seperti Hibah dan Wasiat ke atas rumah tersebut.

 

FPSO Maria Quitéria bakal berlayar ke Brazil pada suku kedua 2024 bagi kegunaan di medan Jubarte

KUALA LUMPUR 5 April - Kapal pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Maria Quitéria dijadual berlayar ke Brazil pada suku kedua tahun ini dan akan digunakan di medan Jubarte yang terletak di utara Lembangan Campos, luar pesisir negara itu.

 

Farm Price meterai perjanjian taja jamin dengan Alliance Islamic Bank bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 5 April - Farm Price Holdings Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan Alliance Islamic Bank Bhd bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

M40 dijangka paling terjejas akibat subsidi bersasar, B40 lebih terlindung hasil bantuan kerajaan - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 5 April - Kumpulan berpendapatan sederhana (M40) dijangka mengalami tekanan kewangan paling ketara daripada pelaksanaan subsidi bersasar berbanding kumpulan berpendapatan rendah yang lebih terlindung kerana menerima pelbagai bantuan oleh kerajaan.

 

Apex Securities mulakan liputan ke atas Matrix Concepts dengan saranan 'beli', TP RM2.14 sesaham

KUALA LUMPUR 5 April - Apex Securities memulakan liputan ke atas Matrix Concepts Holdings Bhd dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM2.14 sesaham.

 

Saranan itu adalah berdasarkan kadar diskaun 20% kepada nilai aset bersih (RNAV) kumpulan itu.

Bank Rakyat bayar dividen 2023 15%, dividen khas ulang tahun 2%

KUALA LUMPUR 5 April - Kumpulan Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15% dan dividen istimewa 2% bagi tahun kewangan 2023.

 

Maybank IB semak turun unjuran untung bersih FY24 Press Metal Aluminium sebanyak 8%

KUALA LUMPUR 5 April - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran untung bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd sebanyak 8% kesan daripada perbelanjaan operasi dan kos logistik yang tinggi.

 

TNB hargai jasa dan peranan media melalui kerjasama terjalin sekian lama - Megat Jalaluddin

KUALA LUMPUR 5 April - Pengurusan tertinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam meraikan para ketua pengarang dan pengarang kanan media dalam majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum, Bangsar.

 

Subscribe to Terkini