Terkini | DagangNews Skip to main content

Mestron selesai pindah penyenaraian ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Dis - Mestron Holdings Bhd telah berjaya memindahkan keseluruhan modal saham terbitannya ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad daripada Pasaran ACE.

 

4A: Agensi pengiklanan berhak kekalkan pemilikan idea dan produk

KUALA LUMPUR 11 Dis - Susulan permintaan untuk cadangan (RFP) daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) baru-baru ini, Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap permintaan tersebut

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia pulih kepada 2.7% pada Oktober 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 11 Dis - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) memulih kepada 2.7% pada Oktober 2023, dipacu prestasi kukuh sektor perlombongan, di samping pertumbuhan berterusan pengeluaran elektrik dan pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Selangor catat kutipan hasil RM2.571 bilion setakat 6 Disember tahun ini - MB

KUALA LUMPUR 11 Dis - Selangor mencatat kutipan hasil berjumlah RM2.571 bilion setakat 6 Disember, iaitu 128% daripada sasaran tahun ini sebanyak RM2 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

 

Pembangunan M Azura di Setapak, Kenanga Research jangka Mah Sing raih hasil lebih cepat

KUALA LUMPUR 11 Dis - Kenanga Research positif terhadap rancangan Mah Sing Group Berhad bagi menyediakan kediaman mampu milik iaitu M Azura dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM508 juta di atas tanah seluas 1.61 hektar di Setapak Kuala Lumpur.

 

Nilai jualan sektor pembuatan merosot 1.4% kepada RM156.7 bilion pada Oktober 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 11 Dis - Nilai jualan sektor pembuatan susut kepada 1.4% tahun ke tahun kepada RM156.7 bilion pada Oktober 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Agensi pemasaran global, Team Lewis rancang buka pejabat utama di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 11 Dis - Agensi pemasaran global, Team Lewis merancang untuk membuka pejabat utama di Kuala Lumpur bagi menyokong pertumbuhan pesat pasukannya dan seterusnya membina keupayaan kreatifnya dengan ruang studio canggih.

 

Tindakan boikot McDonald’s dan KFC, pendapatan Malayan Flour terjejas - AmInvestment

KUALA LUMPUR 11 Dis - Hasil pendapatan Malayan Flour Mills Berhad terjejas kesan tindakan orang ramai memboikot restoran makanan segera McDonald’s dan KFC yang merupakan pelanggan kepada syarikat itu.

 

Ancom Nylex diunjur raih pendapatan RM90 juta setahun daripada bahan kimia tani baharu - HLIB

KUALA LUMPUR 11 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan bahan kimia tani baharu Ancom Nylex Bhd, Chemical T menjana pendapatan sebanyak RM90 juta setahun.

 

CIMB Islamic dinobatkan sebagai Bank Runcit Islam Terbaik 2023 oleh The Banker

KUALA LUMPUR 11 Dis - CIMB Islamic Bank Berhad telah dinobatkan sebagai `Bank Runcit Islam Terbaik' pada anugerah Bank Islam Terbaik 2023 The Banker.

 

Subscribe to Terkini