Terkini | DagangNews Skip to main content

Crest Builder raih kontrak bina tiga blok kondominium di Bukit Kiara bernilai RM486 juta

KUALA LUMPUR 23 April - Crest Builder Holdings Bhd menerusi Crest Builder Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM486.0 juta daripada Kiaramas Development Sdn Bhd bagi membina kondominium di Bukit Kiara, di ibu negara.

 

Untung bersih KIP REIT pada 3QFY24 susut kepada RM10.23 juta

KUALA LUMPUR 23 April - Untung bersih KIP Real Estate Investment Trust (REIT) bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 (3QFY24) susut kepada RM10.23 juta berbanding RM10.53 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu.

 

Haily Group terima Surat Anugerah bernilai RM109.5 juta bagi projek pembinaan di Johor

KUALA LUMPUR 23 April - Syarikat pembinaan berpangkalan di Johor, Haily Group Berhad menerima Surat Anugerah (LA) daripada Mandy Corporation Sdn. Bhd bagi kerja-kerja membina rumah teres di Pontian yang bernilai RM109.5 juta.

Jualan kenderaan pada Mac 2024 meningkat 10.5% kepada 71,052 unit berbanding Februari - MAA

KUALA LUMPUR 23 April - Sejumlah 71,052 kenderaan dijual pada Mac 2024 di seluruh Malaysia, naik 10.5% bulan ke bulan berbanding 64,290 unit yang dijual pada Februari lalu.

 

Masverse lancar platform Maschain, tawar teknologi terkini tingkatkan keselamatan transaksi digital

KUALA LUMPUR 23 April - Masverse Sdn. Bhd. melancarkan platform MasChain yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital untuk kerajaan, perusahaan dan industri dengan meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan transaksi melalui Bukti Pihak Berkuasa (PoA).

Pekebun kecil digalak ambil peluang mohon insentif tanam semula sawit

KUALA LUMPUR 23 April - Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan pekebun kecil mengambil peluang memohon Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0).

 

Projek loji solar hibrid 100MWac LSS3 Cypark di Merchang memulakan operasi permulaan

KUALA LUMPUR 23 April - Cypark Resources Bhd mengumumkan projek loji solar hibrid 100MWac Solar Skala Besar 3 (LSS3)  telah mencapai kejayaan Operasi Permulaan (IOD) pada 21 April 2024.

 

Co-opbank Pertama catat untung RM30 juta pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR 23 April - Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebanyak RM30 juta pada suku pertama 2024 disokong peningkatan penggunaan platform perbankan digital, HeloCBP yang dilancarkan baru-baru ini.

 

Meta Bright meterai perjanjian bekalan tenaga solar dengan Cherengin Hills

KUALA LUMPUR 23 April - Meta Bright Group Berhad (MBGB) menerusi FBO Land (Serendah) Sdn Bhd (FLSBB) dan Doople Tech Sdn Bhd (Doople) memeterai perjanjian bekalan tenaga solar bersama Cherengin Hills Sdn. Bhd. (Cherengin Hills).

 

MyCC kesan pakatan tipu bida tender kerajaan bernilai RM473 juta, 8 kontraktor berdepan kemungkinan denda

KUALA LUMPUR 23 April - Lapan syarikat kontraktor berdepan denda daripada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya didapati terlibat dalam penipuan bida tiga tender jabatan kerajaan bernilai kira-kira RM473 juta lima tahun lalu.

 

Subscribe to Terkini