Terkini | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur TIV 2024 sebanyak 720,000 unit berbanding 740,000 unit disasarkan MAA

KUALA LUMPUR 24 April -  Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) sebanyak 720,000 unit pada tahun ini berbanding unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 740,000 unit.

 

Principal lancar Dana Pendapatan Dinamik Global, sedia pendapatan dan pertumbuhan modal lebih stabil

KUALA LUMPUR 24 April - Principal Malaysia mengumumkan pelancaran Dana Pendapatan Dinamik Global bagi pelabur yang mencari rumusan pelaburan pelbagai aset baharu di pasaran global.

 

I-Berhad sasar kumpul RM100 juta menerusi terbitan saham keutamaan kepada Sumurwang

KUALA LUMPUR 24 April - I-Berhad merancang menerbitkan saham keutamaan kepada pemegang saham utamanya dalam perjanjian yang boleh mengumpul sehingga RM100 juta.

 

Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah lupuskan pegangan saham utama Dataprep, kini hanya 3.79 peratus 

KUALA LUMPUR 24 April - Dataprep Holdings Bhd memaklumkan Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam syarikat produk dan perkhidmatan IT tersebut.

 

Kumpulan HEB umum dividen 1.21 sen atas prestasi kukuh kewangan FY2023 

KUALA LUMPUR 24 April – Perunding kejuruteraan dan pengurusan projek HSS Engineers Berhad (Kumpulan HEB)  mengumumkan dividen peringkat tunggal akhir sebanyak 1.21 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023), menandakan peningkatan ketara daripada dividen t

Farm Price sasar kumpul RM24.48 juta daripada IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 24 April - Pengimport dan pemborong sayur-sayuran, Farm Price Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM24.48 juta daripada penyenaraiannya di pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengembangkan operasinya termasuk membeli jentera baharu.

 

Tony Fernandes sambung kontrak 5 tahun lagi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Capital A

KUALA LUMPUR 24 April - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk lima tahun akan datang, bagi membolehkannnya memacu pertumbuhan kumpulan.

 

Petronas Chemicals bayar dividen RM1 bilion, berjaya catat perolehan RM28.7 bilion pada 2023

KUALA LUMPUR 24 April

Nahas helikopter TLDM, industri aeroangkasa negara kehilangan sumber manusia

KUALA LUMPUR 24 April - Nahas udara membabitkan dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan Lumut semalam sangat mendukacitakan negara apabila kehilangan wira-wira yang tiada galang ganti.

 

Berjaya Food bakal buka 4 lagi kafe Paris Baguette di Filipina selepas cawangan pertama di Manila

KUALA LUMPUR 24 April – Kafe dan bakeri terkenal Korea Selatan yang diilhamkan daripada citarasa Perancis, Paris Baguette dibuka secara rasmi di SM Mall of Asia (SM MOA), Manila.

 

Subscribe to Terkini