Saham Awantec bakal digantung mulai 26 April selepas gagal kemukakan pelan penyusunan semula
KUALA LUMPUR 19 April - AwanBiru Technology Bhd (Awantec) berkata dagangan dalam sahamnya akan digantung mulai 26 April, selepas kumpulan itu gagal mengemukakan pelan penyelarasannya kepada pengawal selia untuk kelulusan dalam tempoh masa yang ditetapkan.