Terkini | DagangNews Skip to main content

Abdul Rahman lepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB pada 30 Jun 2024

KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Abdul Rahman Ahmad akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd pada 30 Jun 2024 selepas berkhidmat dengan kumpulan itu selama empat tahun sejak 2020.

 

Pengeluaran minyak sawit mentah diunjur terus lemah pada April 2024 kesan ketiadaan pekerja, kata AmInvestment

KUALA LUMPUR 16 April - AmInvestment Bank Research menjangkakan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) terus lemah pada April 2024 kesan ketiadaan pekerja yang pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Robert Kuok kekal terajui senarai orang paling kaya di Malaysia dengan harta RM400 bilion - Forbes Asia

KUALA LUMPUR 16 April - Kekayaan kolektif taikun yang disenaraikan dalam Senarai Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak 2% sederhana kepada AS$83.4 bilion (RM398.8 bilion), menurut Forbes Asia.

 

HeiTech Padu, MyEG memeterai perjanjian pemasaran, perkhidmatan teknologi maklumat

KUALA LUMPUR 16 April - HeiTech Padu Bhd memeterai perjanjian dengan MyEG Services Bhd untuk membentuk kerjasama interim bagi meneroka perkhidmatan berkaitan industri teknologi maklumat (IT) di Malaysia.

 

AmInvestment jangka Alliance Bank catat untung bersih sebanyak RM179 juta pada 4QFY24 didorong kestabilan NIM

KUALA LUMPUR 16 April - AmInvestment Bank Research menjangkakan Alliance Bank Malaysia Berhad mencatatkan untung bersih sebanyak RM179 juta pada 4QFY24 menjadikan untung bersih keseluruhan FY24 kepada RM691 juta.

 

Continental Tyres lancar tayar MaxContact MC7 sesuai untuk pemandu di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR 16 April  Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7 yang direka bentuk untuk landskap bandar serta disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia

Indeks FBMKLCI bermula lemah minggu ini kesan peningkatan ketegangan geopolitik, kata Maybank IB

KUALA LUMPUR 16 April - Indeks FBMKLCI bermula lemah minggu ini kesan peningkatan ketegangan geopolitik yang mendorong kepada jualan awal, walaupun beberapa pasaran ekuiti serantau menunjukkan tanda-tanda kestabilan pada penghujung hari dagangan.

 

Syarikat EPCC solar, TNB antara penerima manfaat aktiviti eksport RE - Maybank IB

KUALA LUMPUR 16 April - Syarikat-syarikat kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar tempatan seperti Solarvest, Cypark Resources dan Sunview Group akan mendapat manfaat daripada aktiviti eksport tenaga boleh baharu (RE) yang dipermudahkan lagi dengan penubu

Harga sawit mahal, negara pengimport mungkin beralih kepada minyak bunga matahari - RHB Investment

KULA LUMPUR 16 April - Minyak sawit menjadi pilihan yang kurang menarik buat negara pengimport susulan harganya yang lebih tinggi berbanding pesaing iaitu minyak bunga matahari.

 

MIDF Research positif terhadap penubuhan ENEGEM, permudah urusan jualan elektrik rentas sempadan

KUALA LUMPUR 16 April - MIDF Research positif terhadap terhadap penubuhan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi memudahkan jualan elektrik hijau merentas sempadan dan menyokong antara komponen utama Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

 

Subscribe to Terkini