Terkini | DagangNews Skip to main content

Northeast bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Mac - Northeast Group Bhd telah memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia untuk mengumpul dana bagi mengembangkan perniagaannya, termasuk kilang baharu bernilai RM50.4 juta.

 

Pengeluaran buah tandan segar Kim Loong diunjur meningkat sekurang-kurangnya 5% pada FY25

KUALA LUMPUR 29 Mac - Apex Security  mengunjurkan pengeluaran buah tandan segar (BTS) Kim Loong Resources Bhd meningkat sekurang-kurangnya 5% lebih tinggi pada FY25.

 

Jentayu peroleh kelulusan ECOS bagi projek loji kuasa hidro Oriole bernilai RM2.8 bilion di Sipitang

KUALA LUMPUR 29 Mac - Jentayu Sustainables Berhad memperoleh kelulusan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) untuk membangunkan projek loji kuasa hidro Oriole 170 megawatt (MW) bernilai RM2.8 bilion di Sipitang, Sabah.

 

ARB bekerjasama dengan UTM tubuhkan Makmal Analisis Data AI Pintar

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pembekal perisian dan platform teknologi maklumat tersenarai di Pasaran Utama, ARB Berhad menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Attrelogix Networks Sdn Bhd untuk menubuhkan Makmal Analisis Data AI yang canggih.

 

Aset rizab rasmi Malaysia susut kepada AS$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 - BNM

KUALA LUMPUR 29 Mac - Aset rizab rasmi Malaysia kepada kepada AS$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 berbanding AS$114.85 bilion pada Januari 2024 berdasarkan format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

 

Yinson kumpul RM283.2 juta daripada penempatan persendirian bagi kembangkan perniagaan RE, teknologi hijau

KUALA LUMPUR 29 Mac - Yinson Holdings Berhad telah memperoleh RM283.2 juta selepas menyelesaikan proses pembinaan buku dipercepat, yang akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan teknologi hijau.

 

MKH Oil Palm sasar jana RM136.4 juta daripada IPO di Pasaran Utama Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Mac - MKH Oil Palm (East Kalimantan) Bhd (MKHOP) menyasarkan untuk menjana RM136.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) selepas penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 30 April 2024.

 

Capitaland dijangka lupus pusat beli-belah yang sedang bergelut

KUALA LUMPUR 29 Mac - CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) dijangka melupuskan pusat beli-belahnya yang sedang bergelut.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, pusat beli-belah Capitaland di Lembah Klang berdepan pelbagai cabaran semasa FY23.

 

SC terbitkan Garis Panduan Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal bagi naikkan standard profesionalisme CMI

KUALA LUMPUR 29 Mac - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah menerbitkan Garis Panduan mengenai Tatalaku untuk Pengantara Pasaran Modal yang disemak semula, bertujuan untuk meningkatkan standard profesionalisme dan integriti pengantara pasaran modal (CMI) dalam industr

Unjuran pendapatan Glomac bagi FY24-26 dikurangkan sehingga 15% selepas pelancaran projek Loop City ditangguh

KUALA LUMPUR 29 Mac - Unjuran pendapatan Glomac Bhd bagi tahun kewangan 2024, 2025 dan 2026 (FY24-2026) disemak turun masing-masing sebanyak 15%, 12% dan 13% kepada RM13 juta, RM21 juta dan RM29 juta, memandangkan pelancaran projek Loop City ditangguh.

 

Subscribe to Terkini