Terkini | DagangNews Skip to main content

MIDF Research kekal unjuran pertumbuhan KDNK menyusut kepada 4.2% pada 2023

KUALA LUMPUR 2 Feb - MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyusut kepada 4.2% pada 2023 selepas perkembangan cemerlang sebanyak 8% pada tahun lalu.

 

PM Anwar cadang kerjasama swasta, GLC perkasa TVET

KUALA LUMPUR 2 Feb - Dalam usaha memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penglibatan serta kerjasama pihak swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diperhebatkan.

 

Agmo perkenal aplikasi EV Dashboard untuk pengendali titik pengecasan

PETALING JAYA 2 Feb – Agmo Holdings Berhad melancarkan aplikasi  Electric Vehicle (EV) Dashboard baharunya untuk pengendali titik pengecasan (CPO) yang dilengkapi dengan rangkaian kecerdasan ber

Bekas Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Juslie Ajirol tinggalkan lembaga pengarah Suria Capital

KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah,  Datuk Juslie Ajirol meninggalkan lembaga pengarah Suria Capital Holdings Berhad.

 

McDonald's Malaysia, Yayasan Didik Negara sumbang bantuan persekolahan kepada 175 pelajar di Kuching

KUALA LUMPUR 2 Feb - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara (YDN) menyampaikan sumbangan ‘Pek Kembali ke Sekolah’ kepada 175 pelajar sekolah rendah di sekitar Kuching, Sarawak.

 

Maxim Malaysia tawar pelajar universiti jana pendapatan sebagai pemandu e-hailing

KUALA LUMPUR 2 Feb - Maxim Malaysia membuka peluang kepada pelajar universiti yang berminat untuk menyertai sebagai pemandu e-hailing secara kerjasama. 

 

Pasaran emas di Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah tahun ini - Public Gold

KUALA LUMPUR 2 Feb - Pasaran emas di Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah tahun ini dalam persekitaran kebimbangan berterusan terhadap kemelesetan global ditambah pula dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak empat kali oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2022,

Oppstar lengkapkan perjanjian taja jamin bersama Affin Hwang bagi terbitan IPO di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR 2 Feb - Oppstar Berhad menandatangani perjanjian taja jamin dengan Affin Hwang Investment Bank Berhad (Affin Hwang IB) sempena tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Waspada panggilan palsu individu menyamar pegawai tribunal MCMC

KUALA LUMPUR 2 Feb - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai daripada tribunal MCMC.

 

KNM berbincang dengan pemiutang langkah percepatkan penyelesaian hutang

KUALA LUMPUR 2 Feb - KNM Group Berhad yang baru-baru ini gagal membayar hutang berjumlah lebih RM420 juta, sedang berbincang dengan semua pemiutangnya untuk menyelesaikan segala hutang dengan menjana kewangan daripada aset bukan teras dan penjualan Borsig GmbH.

 

Subscribe to Terkini