Terkini | DagangNews Skip to main content

Hong Seng ambil alih 51% kepentingan ekuiti dalam Innov8tif dengan nilai RM30.85 juta

KUALA LUMPUR 31 Jan - Hong Seng Consolidated Berhad berhasrat untuk memperkasakan Malaysia sebagai sebuah negara digital dengan pengambilalihan 51% kepentingan ekuiti dalam Innov8tif Holdings Sdn. Bhd. yang kini memiliki Innov8tif Solutions Sdn. Bhd. dan Xendity Sdn. Bhd.

Eksport minyak sawit Malaysia melonjak disebabkan permintaan kukuh - Fadillah

KUALA LUMPUR 31 Jan - Eksport minyak sawit dijangka meningkat 3.7% kepada 16.3 juta tan pada 2023 berbanding 15.72 juta tan pada tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

 

Nova MSC, Theta Edge bekerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan, sektor awam, penyelesaian AI di Malaysia dan ASEAN

KUALA LUMPUR 31 Jan - Nova MSC Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Theta Edge Berhad bagi bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pemasaran serta promosi penjagaan kesihatan, sektor awam dan penyelesaian dan produk kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan negara A

71% aduan salah guna media sosial diterima tahun lalu - Forum Kandungan

CYBERJAYA 31 Jan - Sejumlah 71% aduan berkaitan kandungan internet dan media sosial diterima sehingga 31 Disember 2022, menurut Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Proton Commerce sasar tingkatkan volum, kadar kelulusan lebih tinggi pinjaman pada 2023

KUALA LUMPUR 31 Jan - Cabang pinjaman kewangan Proton, Proton Commerce Sdn Bhd menyasarkan untuk meningkatkan volum dan kadar kelulusan lebih tinggi dengan mengambil kesempatan terhadap populariti berterusan model Proton serta pengenalan model baharu, tahun ini.

 

Kulim (Malaysia) Bhd ikrar bebas rasuah untuk pacu tadbir urus lebih baik

KUALA LUMPUR 31 Jan - Kulim (Malaysia) Bhd. menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha memacu tadbir urus yang lebih baik, budaya integriti dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota pekerja serta vendor mengenai amalan bebas rasuah.

 

Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat 4.7% pada Disember 2022 - BNM

KUALA LUMPUR 31 Jan - Kredit sektor swasta bukan meningkat 4.7% pada penghujung Disember berbanding 4.4% pada November 2022, memberi gambaran bahawa pertumbuhan kredit yang tinggi kepada perniagaan.

 

Standard Chartered Malaysia lancar program pendidikan global Wealth Academy

KUALA LUMPUR 31 Januari - Standard Chartered Malaysia melancarkan Wealth Academy dengan kerjasama INSEAD untuk program pendidikan global merangkumi keterlibatan pelanggan dan pengurusan kekayaan untuk Pengurus Perhubungan dan Pakar Kekayaan di bank tersebut. 

 

Memalukan! Malaysia kini di bawah Namibia, Rwanda dalam Indeks Persepsi Rasuah global

KUALA LUMPUR 31 Jan - Malaysia meneruskan penurunannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diukur oleh badan pemantau global Transparency International (TI), hanya memperoleh 47 mata daripada 100 mata, sekali gus menjadi prestasi terburuk negara ini dalam sedekad.

Pelantikan Nurul Izzah cetus persepsi `nepotisme telah kembali semula' - Transparency International

KUALA LUMPUR 31 Jan - Transparency International Malaysia (TI-M) mengkritik tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

 

Subscribe to Terkini