Terkini | DagangNews Skip to main content

UMNO kekal calonkan Ismail Sabri sebagai PM, kata Zahid Hamidi

BAGAN DATUK 16 Okt - UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

YPM salur lebih RM7 juta bantu pendidikan pelajar luar bandar

KUALA NERANG 16 Okt - Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan peruntukan lebih RM7 juta bagi melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya tahun ini.

 

Bursa Malaysia dijangka saksi dagangan berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR 16 Okt -  Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati dengan kecenderungan menaik minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam julat 1,380-1,410, kata seorang

Kerajaan ada wang laksana Bajet 2023 - PM

BERA 16 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakan Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Okt lepas, yang merupakan belanjawan terbesar pernah disediakan melibatkan peruntukan RM372.3 bilion. 

 

Elak perbuatan caci-mencaci, serang sesama sendiri - Ismail Sabri

BERA 16 Okt - Perbuatan caci-mencaci, tuduh-menuduh atau menyerang antara UMNO dan PAS tidak seharusnya berlaku dan perlu dielakkan.

 

UMNO Bahagian tidak dipaksa sokong Ismail Sabri sebagai PM - Mahdzir

KUALA NERANG 16 Okt - UMNO Bahagian di seluruh negara tidak menerima sebarang arahan atau dipaksa oleh mana-mana pihak untuk menyokong usul Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus menerajui kepemimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

 

Team Haq wakil Malaysia ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 di Jakarta

KUALA LUMPUR 16 Okt - Penampilan sulung Team Haq dalam kejohanan MPL Malaysia musim ke-10 cukup mengujakan apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia tahun depan.

 

PKNS catat 75 peratus unit Residensi Advena terjual pada hari pertama pelancaran

SHAH ALAM 16 Okt - Lebih 75 peratus daripada 232 unit rumah Residensi Advena di Seksyen 16 di sini yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), berjaya dijual pada hari pertama pelancarannya.

 

Ruang STIE Keluarga Malaysia wujudkan golongan pemikir, semarakkan budaya inovasi - PM

BERA 16 Okt - Kewujudan Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia diharap akan mewujudkan golongan pemikir yang dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan untuk dikomersialkan sekali gus membantu negara memperkasa ekonomi berasaskan inovasi.

Sunsuria terbit sukuk RM66 juta untuk perbelanjaan modal dan kerja

KUALA LUMPUR 16 Okt - Sunsuria Bhd telah menerbitkan nota jangka sederhana Islam kedua bernilai RM66 juta dalam nilai nominal di bawah Program Sukuk Wakalah dengan tempoh kematangan tiga tahun iaitu menjelang 14 Oktober 2025. 

 

Subscribe to Terkini